04 February 2023

"SAYA BUKAN LELAKI MURAHAN" - BALAS BEKAS SUAMI NAD ZAINAL BILA ADA INDIVIDU CUBA GODA DIRINYA



Baru-baru ini, bekas suami kepada pelakon Nad Zainal iaitu Faliq Amiruddin telah memuat naik perkongsian kiriman mesej peribadi yang diterimanya di Instagram Stories miliknya sehingga menjadi perhatian.


Menerusi paparan tersebut, Faliq mendedahkan dia menerima mesej daripada seorang individu tidak dikenali identiti yang cuba untuk mendekatinya.

"Saya bukan lelaki murahan," tulis Faliq menerusi tangkap layar yang dimuat naik.

Pada perkongsian itu, individu terbabit dilihat cuba mendekati Faliq dengan mengatakan dia ingin berkawan dengannya. Bagaimana pun, pelawaan terbabit ditolak oleh ayah kepada dua cahaya mata itu.

"Saya ikhlas, boleh kita jadi kawan?," soal individu berkenaan sebelum dibalas Faliq dengan emoji sticker pangkah.

Klik untuk gambar besar



Selain itu, individu tersebut turut mempunyai niat untuk menawarkan Faliq hadiah dengan seikhlas hati, namun ia turut ditolak kerana Faliq tidak berminat dengan pelawaan berkenaan.

Untuk makluman, Faliq dan Nad pernah mendirikan rumah tangga pada 18 Disember 2015. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Fahad Ibrahim, 7, dan Budi Kalsom, 2 hasil perkahwinan itu.

Bagaimanapun, mereka disahkan bercerai pada September 2022, namun enggan berkongsi punca perpisahan.

Pada Januari lalu pula, Nad telah mengejutkan orang ramai apabila mengumumkan sudah bernikah dengan pelakon Ungku Ismail.


________ IKLAN ________

NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45" 

Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.  

MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"


PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc

100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.

Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI









_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: