Baru-baru ini, seorang peminat memberitahu dia suka melihat pelakon Fasha Sandha sewaktu bersama bekas suaminya, Rizal Ashram atau lebih dikenali sebagai Jejai kerana lebih cantik dan bergaya.
Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 39, bagaimanapun dilihat tidak melenting menerima komen peminta tersebut apabila menjawab kenyataan yang diberikan itu dengan baik.
"Zaman 20-an tak sama dengan zaman 30-an yang menghampiri umur 40 sister. Apa-apa pun terima kasih," katanya.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, komen tersebut turut mendapat perhatian ramai yang menyifatkan Fasha seorang wanita yang jelita dan tidak perlu membandingkan penampilannya sebelum ini.
"Sekarang pun cantik sahaja. Tak perlu menilai dia dengan yang dulu pun sebab dia sendiri bersyukur dengan apa yang dia ada." - "Fasha cantik sahaja, pernah jumpa dekat KLCC memang cantik semula jadi dan merendah diri. Sentiasa tersenyum," antara komen-komen peminat.
Sebelum ini, Fasha meluahkan rasa sedih apabila ada segelintir netizen 'body shaming' apabila mengatakan dirinya hamil, sedangkan dia tidak berbadan dua. Pelakon drama 'Serpihan Sayang' itu menjelaskan dia hanya mengalami perubahan bentuk badan yang sedikit berisi.
"Saya tidak mengandung pun. Saya hanya bulat saja masa itu. Waktu itu baharu lepas makan nampak macam ada perut. Semasa itu, saya sedih gila bila orang body shaming saya," ujarnya.
Untuk makluman, Fasha mendirikan rumah tangga Jejai pada 27 April 2012 namun mereka bercerai pada 20 Januari 2016. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli, 9, dan Putri Raysha Jemyma, 8 tahun.
Pelakon itu kemudiannya berkahwin dengan Aidil Aziz pada 29 Mac 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Aisha Amaira yang berusia dua tahun.
________ IKLAN ________
Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.
Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.
Beli kat offical store je..!
_______ IKLAN _________
________________________

No comments:
Post a Comment