05 February 2023

"MALANG TAK BERBAU, ANAK IBU JATUH SCOOTER KENA MASUK OT (BILIK PEMBEDAHAN)" - SITI NURHALIZA MOHON MAAF BATAL PERSEMBAHAN



Menerusi hantaran di Instagram Stories (IG), penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza memaklumkan anak sulungnya, Siti Aafiyah Khalid, 4, terpaksa menjalani pembedahan kecil di sebuah pusat perubatan swasta di ibu kota, hari ini, kerana mengalami kemalangan ketika terjatuh dari scooter.


"Malang tak berbau, anak ibu jatuh scooter kena masuk OT (bilik pembedahan). Doakan semoga Allah S.W.T permudahkan," tulisnya.

Dalam pada itu, Siti juga membuat hantaran video di Instagram yang memaparkan dia memujuk Aafiyah sebelum menjalani pembedahan terbabit.

"Alhamdulillah, proses di OT berjalan lancar. Terima kasih doktor pakar di hospital. Insya-Allah, Aafiyah segera sembuh ya. Amin ya rabb. Video ini ayah ambilkan sebelum Aafiyah masuk OT. Tengah pujuk Aafiyah," katanya.

Klik untuk gambar besar



Sementara itu, Siti turut memohon maaf kepada semua pihak yang berurusan dengannya kerana terpaksa membatalkan persembahan yang dijadualkan pada saat akhir.

"Minta maaf pada 'client' (pelanggan) saya terpaksa batalkan persembahan pada saat akhir kerana kemalangan yang menimpa anak saya. Doakan semoga semuanya dipermudahkan," tuturnya.

Pada masa sama, isteri kepada ahli perniagaan iaitu Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K, mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesembuhan Aafiyah itu.



"Menjunjung kasih kepada Tuanku Permaisuri yang bertanya khabar dan mendoakan kesembuhan Aafiyah. Terima kasih juga buat yang mendoakan kesihatan buat Aafiyah. Insya Allah, Aafiyah cepat sembuh dari kemalangan kecil ini. Amin Ya Rabb," ujarnya.

Rata-rata pengikut Siti termasuk rakan artis seperti Fasha Sandha, Salina Saibi, Sarimah Ibrahim turut memberi maklum balas dan mendoakan kesembuhan buat Aafiyah.

"Semoga Aafiyah cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan, Amin." - "Aafiyah kuat, insya Allah. Segalanya baik-baik sahaja. Doa kami buat Aafiyah sayang." - "Semoga Aafiyah dikurniakan kesembuhan atas apa jua sakitnya, Amin," antara komen-komen pengikut Siti.






________ IKLAN ________

NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45" 

Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.  

MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"


PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc

100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.

Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI









_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: