05 February 2023

SELAMAT BERSALIN 29 JANUARI LALU - NYNAA HARIZAL TIMANG ANAK SULUNG, PEREMPUAN



"Alhamdulillah, dengan izin Allah, semuanya berjalan dengan lancar. Saya rasa lega sangat apabila sudah selamat melahirkan bayi kami. Pada mulanya saya rasa sangat gementar.


"Saya memang memilih untuk melahirkan secara pembedahan kerana kami boleh merancang tarikhnya. Namun apabila buat pemeriksaan kesihatan, doktor beritahu saya sudah mengalami contraction dan dinasihatkan untuk terus melahirkan anak."

Demikian kata pelakon Nynaa Harizal yang selamat melahirkan bayi perempuan di Hospital Gleneagles Ampang Kuala Lumpur pada 29 Januari lalu kira-kira pukul 3 petang.

Jelas Nynaa atau nama sebenarnya Nurul Hanynaa Harizal, 27, dia terpaksa melahirkan anak lebih awal daripada jangkaan iaitu 2 Februari selepas mengalami tanda-tanda sakit bersalin ketika melakukan pemeriksaan.

Klik untuk gambar besar



Berkongsi pengalaman melahirkan secara pembedahan, Nynaa meluahkan rasa syukur kerana dia tidak mengalami kesakitan yang luar biasa. Kata Nynaa, sakit yang dirasainya tidaklah seperti yang diperkatakan orang ramai.

"Proses pembedahan berlangsung dengan begitu pantas hanya lebih kurang 20 minit. Saya pun tak sangka tengok-tengok baby dah keluar. Saya sebenarnya takut juga nak caeser, tetapi Alhamdulillah bersalin secara pembedahan tidaklah seperti yang orang takut-takutkan tu," ujarnya.

Dalam pada itu, Nynaa memaklumkan, dia dan suami iaitu Mohamed Fahmi Mohamed Ilyas, 31, masih belum membuat keputusan tentang nama yang bakal diberikan kepada anak sulung mereka itu.

"Nama tengah fikir lagi. Belum confirm! Tak apa nanti saya beritahu. Nama tu dah ada beberapa pilihan. Nama yang dipilih pun lebih kurang sama, cuma susunan nak nama macam mana tu kami belum buat keputusan lagi," tutu Nynaa yang mendirikan rumah tangga bersama Fahmi pada 28 Ogos 2021.



Terdahulu, kisah rumah tangga pasangan ini pernah menjadi perhatian ramai apabila Fahmi mendakwa isterinya telah dilarikan bapa mentua ketika menjalani penggambaran sebuah drama pada 3 November 2021.

Fahmi membuat tuntutan nusyuz agar pelakon itu kembali taat dan pulang ke pangkuannya selepas hampir dua minggu Nynaa didakwa keluar rumah tanpa kebenaran.

Manakala, Nynaa pula memfailkan permohonan cerai kepada Fahmi di Mahkamah Rendah Syariah di Johor Bahru, Johor pada 10 November 2021.

Bagaimanapun, Nynaa dan Fahmi akhirnya mencapai persetujuan untuk berbaik semula di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 11 November 2021.




________ IKLAN ________

JUALAN JIMAT GILER 2.2. - - Ayuh dapatkan pelbagai tawaran hebat di Shopee sempena jualan JIMAT GILER 2.2 (2 Februari 2023) ini.

Pelbagai barangan dijual dengan harga giler termasuk pemberian diskaun dan voucher yang tak masuk akal.

Selain itu,  banyak hadiah hebat dan cabutan bertuah menanti anda.








_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: