"Kami tak sabar nak jumpa ahli keluarga baharu tidak lama lagi! #babynumberTWO (bayi nombor dua). Karl akan menjadi abang," tulis pelakon Datin Elvina Mohamad yang berkongsikan berita gembira di laman Instagram dimana dirinya kini hamil anak kedua.
Menerusi perkongsian itu, Elvina mengumumkan mengenai khabar gembira itu ketika bercuti di Tokyo Disneyland, Tokyo, Jepun bersama suami, Datuk Haniff Borhan dan anak mereka, Karl Mateen.
Melihat pada gambar-gambar yang dikongsikan, ia memaparkan pelakon drama 'Takdir Cinta Dhia' itu bergambar bersama suami dan anaknya berlatar belakang mercu tanda taman tema tersebut.
Klik untuk gambar besar
Suami dan anaknya kelihatan bahagia memegang perut Elvina yang semakin menampakkan bentuk 'baby bump'.
Perkongsian Elvina itu mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis dan netizen yang mengucapkan tahniah di atas kehadiran ahli baru tidak lama lagi.
Untuk makluman, Elvina mendirikan rumah tangga dengan Haniff pada 18 Mac 2018. Pasangan itu dikurniakan cahaya mata sulung, Karl Mateen kini berusia empat tahun.
________ IKLAN ________
Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.
Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.
Beli kat offical store je..!
_______ IKLAN _________
________________________
No comments:
Post a Comment