09 February 2023

"IA ADALAH KISAH SILAM SAYA... KENAPA PERLU SEBARKAN SELEPAS 4 TAHUN" - AMEERUL ASYRAF JAWAB ISU VIDEO CIUM DI KELAB MALAM



"Lelaki dalam video itu memang saya tetapi ia adalah kisah silam saya. Saya tidak tahu jika ada pihak tidak berpuas hati dengan saya sebab pelik juga kenapa baru sekarang nak sebarkan?


Itulah kata pelakon Ameerul Asyraf Mohammad, 32, yang mengaku video aksi cium dalam sebuah kelab yang ketika ini tular adalah dirinya.

Pelakon itu bagaimanapun menjelaskan video berkenaan merupakan rakaman lama yang dirakamkan sekitar tahun 2019 dan mempersoalkan kenapakah ada pihak tidak bertanggungjawab mendedahkan aibnya termasuk kepada teman wanitanya dikenali sebagai Eyra Zirah.

Sebelum ini, Eyra yang mendakwa dia teman wanita Ameerul itu mendedahkan video tersebut di laman Tiktok miliknya selain meluahkan rasa kecewa pelakon berkenaan bersikap curang terhadapnya.

Klik untuk gambar besar



Ini kerana kata Eyra, dia sentiasa bersama Ameerul pada waktu senang dan susah malah mendakwa pelakon itu berjanji mahu mengikat tali pertunangan dengannya tahun ini.

Dalam pada itu, Ameerul tidak menolak video tersebut dihantar sendiri oleh wanita bersamanya dalam rakaman berkenaan kepada Eyra memandangkan tiada siapa memiliki salinan video tersebut.

Jelas Ameerul, dia sendiri tidak pasti motif wanita tersebut bertindak sedemikian apatah lagi selepas empat tahun kejadian itu berlaku.

"Mungkin ini ujian saya sebagai anak seni. Saya tidak tahu kenapa ada pihak perlu sebarkan sekarang selepas empat tahun kejadian itu berlalu.



"Saya juga tak pasti apa dia mahu? Tapi kami masih lagi berkawan. Saya rasa video itu hanya ada padanya. Tak tahulah kalau kawan-kawan dia mempunyai salinan. Tapi saya dapat rasakan dia sendiri yang hantar," ujarnya.

Kata Ameerul lagi, dia tidak sempat menjelaskan apa-apa kepada Eyra memandangkan wanita itu terlebih dahulu memuat naik video berkenaan di TikTok.

Akuinya, ketika ini pun dia masih belum menghubungi Eyra kerana tidak mahu memburukkan keadaan apatah lagi dia sedar emosi seorang wanita yang sedang marah.

"Saya memang nak terangkan pada Eyra mengenai video ini. Saya faham sekarang mungkin dia sedang marah. Saya tak dapat nak cakap apa-apa dan dia terus upload di TikTok," tuturnya.

Menjelaskan mengenai dakwaan Eyra kononnya mereka mahu mengikat tali pertunangan, Ameerul memberitahu, dia sendiri tidak pasti mengenai perkara tersebut.

Apa paling jelas kata Ameerul, ketika ini dia mahu memberi fokus kepada karier sebagai pelakon selain keluarga dan menyerahkan urusan jodoh kepada takdir.

"Saya dengan Eyra memang berkawan tapi saya tidak tahu kenapa ada kata kami akan bertunang? Saya masih dalam fasa mengenali hati budi masing-masing, kalau ada jodoh InsyaAllah.

"Saya memang rapat dengan dia. Eyra pun ada temani saya ke lokasi (penggambaran) tapi buat masa ini biarlah saya fokus keluarga dan karier. Kewangan pun belum stabil untuk berkahwin," katanya.


________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: