Semua sedia maklum, pelakon Puteri Sarah sebelum ini berangkat ke Tanah Suci Mekah dengan membawa kedua-dua anaknya bagi menunaikan ibadah umrah pada 26 Januari lalu.
Selepas selesai mengerjakan umrah beberapa hari lalu, Puteri Sarah telah membawa dua anaknya iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah bercuti di Dubai pula.
Puteri Sarah menerusi laman Instagram miliknya telah berkongsikan momen percutiannya bersama anak-anak di sana buat tatapan umum.
Turut menjadi perhatian, satu perkongsian Puteri Sarah memaparkan dirinya memakai jubah serba putih di padang pasir.
Klik untuk gambar besar
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar Puteri Sarah diberi ketenangan ketika bercuti disana serta memuji kecantikan pelakon itu.
Malah, komen pakar motivasi terkenal, Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah turut menjadi perhatian dimana ada menyebut tentang kekuatan dan ketenangan.
"Benar, nak. Ramai orang hari ni minta cari kekuatan. Tetapi bila dapat kekuatan, ujian juga bertambah kuat. Bila dapat kekuatan, belum tentu tenang hatinya. Namun bila dapat tenang, maka kuat hatinya. Selamat bermusafir dan mencari diri ya nak," tulisnya.
________ IKLAN ________
JUALAN JIMAT GILER 2.2. - - Ayuh dapatkan pelbagai tawaran hebat di Shopee sempena jualan JIMAT GILER 2.2 (2 Februari 2023) ini.
Pelbagai barangan dijual dengan harga giler termasuk pemberian diskaun dan voucher yang tak masuk akal.
Selain itu, banyak hadiah hebat dan cabutan bertuah menanti anda.
_______ IKLAN _________
________________________

No comments:
Post a Comment