09 February 2023

"PALING SAYA RISAU SAYA BOLEH HIDUP SAMPAI BILA? - HARAPAN BEKAS ISTERI AGAR CLIFF UMAR DAPAT TENGOKKAN ANAK-ANAK JIKA DIA SUDAH TIADA



Selepas diabaikan suami sejak beberapa tahun lalu, bekas isteri kepada penyanyi Cliff Umar iaitu Zurini Hasbullah, 43, bertungkus lumus membesarkan tiga anaknya bersendirian.


Malah, dua anak lelakinya yang berusia 13 dan 11 tahun disahkan menghidap autisme, manakala anak perempuan bongsunya berusia tujuh tahun mempunyai ciri-ciri disleksia yang ketara.

Menurut Zurini, dek kerana terlalu tertekan dan tidak mahu menyusahkan orang, dia pernah terfikir mahu menghidupkan enjin kereta bawa anak-anak untuk terjun sungai.

Dalam pada itu, Zurini berharap bekas suaminya itu dapat tengokkan anak-anak mereka apabila dia sudah tiada suatu hari nanti.

"Yang paling saya risaukan saya boleh hidup sampai bila? Itulah yang saya harapkan dia berbaik-baik dengan anak-anaknya. Satu hari nanti kalau berlaku apa-apa terhadap saya, dia boleh jaga tolong tengokkan anak-anaknya. Tapi bila keadaan jadi begini, kalau saya boleh elak mati pun saya elak.

Klik untuk gambar besar



"Orang tak faham saya perlukan sokongan. Keluarga saya pun ada masalah sendiri. Orang yang saya harapkan beri sokongan pun tiada. Hidup saya semata-mata untuk anak.

"Rasanya kalau tiada anak-anak, saya pun dah tiada. Tapi sebab anak-anak la saya bertahan. Dulu saya tertekan minta duit dengan ayah mereka tak dapat hingga saya marahkan anak-anak," ujarnya yang dipetik sebagai berkata kepada Harian Metro.

Dedah Zurini, episod sedihnya bermula apabila dia berpisah dengan penyanyi itu pada 2014 ketika sedang mengandungkan anak bongsunya. Bagaimanapun, Zurini dan penyanyi itu sah bercerai pada 2019.

Ia membuatkan bekas pramugari Penerbangan Malaysia dan AirAsia ini mengambil keputusan membuat dan menjual karipap sebagai punca rezeki. Zurini menyifatkan dirinya ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, namun reda dengan ketentuan Allah.



"Saya terima kerana itu anak-anak saya. Mereka bukan cacat anggota tapi lemah dari segi lain. Tengok macam normal tapi di balik tabir kena ada cara kendalikan mereka.

"Bayangkan saya kena mandikan mereka setiap pagi bermula jam 4 pagi dengan yang sulung dah cecah ketinggian hampir enam kaki untuk siapkan ke sekolah. Ia berlaku sejak dari usia setahun kepada sekarang.

"Saya buat semua seorang diri dan kadang-kadang tertekan juga sebab tiada masa rehat. Saya kena cari duit, kemas rumah dan jaga mereka kalau sakit," katanya.

Menurut Zurini lagi, sekiranya bekas suaminya itu membantu dari segi kewangan, dia boleh mengupah orang mengemas rumah dan berehat sikit. Jelasnya, sejak 10 tahun lalu, dia hanya tidur sejam atau dua jam atau paling lama tiga jam.

"Setiap hari perjalanan saya tergesa-gesa hingga tak sempat nak fikir. Saya disahkan mengalami tekanan perasaan yang teruk dan keletihan teramat.

"Ada juga saya dipanggil temubual untuk bekerja tapi siapa nak tengok budak-budak ini? Takkan ada sesiapa yang tahan kecuali saya sendiri sebab perlukan kesabaran amat tinggi. Makan pun berterabur macam budak usia lima tahun, tapi dari segi pembelajaran sangat bijak," tuturnya.

Sebelum ini, Cliff yang pernah bergelar juara Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) itu ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu kerana menyifatkan ia masalah peribadi.

"Minta maaf. Ini masalah peribadi dan saya selesaikan dengan dia (bekas isteri) sendiri. Saya harap orang lain hormat keputusan untuk tidak masuk campur dalam hal peribadi saya," katanya.


________ IKLAN ________

NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45" 

Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.  

MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"


PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc

100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.

Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI









_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: