09 February 2023

MAWAR KARIM: "SAYA MUNGKIN BUKAN YANG SEMPURNA, TAPI SAYA TIDAK BERPURA-PURA" - FIZO OMAR: "SEKIRANYA BETUL... TAK PERLU BERKIAS-KIAS"



Nampaknya usahawan Mawar Karim sekali lagi menjadi perhatian apabila memuat naik kata-kata di Insta Story miliknya baru-baru ini namun tidak menyebut nama mana-mana pihak sekaligus mencetuskan tanda-tanya.


"Saya mungkin bukan yang sempurna, tapi sekurang-kurangnya saya tidak berpura-pura. Dengan saya, apa yang awak lihat itulah yang awak dapat. Ia bukanlah kerja saya nak dedahkan orang yang berpura-pura. Akan ada masanya mereka akan mendedahkan siapa diri mereka yang sebenarnya," kongsinya.

Dalam pada itu, pelakon Fizo Omar yang merupakan bekas suami kepada Mawar itu tampil berkata, tidak perlu 'meroyan' di media sosial dan jika tidak berpuas hati sebut sahaja nama dan bawa perkara itu ke mahkamah jika ianya perkara tidak benar.

"Sebenarnya saya agak ketinggalan, tidak tahu menahu sehingga salah seorang staff saya beritahu. Saya kurang jelas apa yang dimaksudkan tapi bila tengok respons daripada netizen memang itu ditujukan kepada saya.

"Sekiranya betul, saya rasa lebih gentle tak perlu berkias-kias, sebut sahaja nama senang kita ambil tindakan susulan. Pada saya itu satu fitnah yang boleh menjatuhkan reputasi saya dan keluarga.

Klik untuk gambar besar



"Sekiranya betul, be genuine, be gentle, sebut nama dan kemukakan bukti, petik nama. Jadi nama yang dipetik akan menjawab, mungkin akan kemukakan bukti siapa yang betul, siapa yang salah.

"Tak gentlelah nak meroyan kat media sosial seorang, tak puas hati, petik nama. Rasa kalau ada benda tak betul, kita pergi mahkamah," ujarnya.

Tambah Fizo, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan agar perkara itu tidak berulang. Jelasnya, selepas berpisah dia mengambil pendekatan berdiam diri kerana anak.

"Saya tak ada apa yang di takutkan, selepas berpisah, tiga tahun saya berdiam diri tak pernah buat sebarang kenyataan sebab saya memikirkan anak.



"Tiada angin tiada rebut kita nak sesuatu untuk dapat perhatian daripada orang, tak payah berkias-kias, straight to the point, kita tengok apa tindakan yang patut kita buat.

"Sekiranya saya nampak memang agak melampau, saya tidak teragak-agak untuk ambil tindakan dengan niat benda ini tidak berlaku lagi," katanya.

Dalam pada itu, Fizo berkata mereka sudah ada keluarga masing-masing dan lebih baik menjaga pasangan sendiri serta bersahabat baik demi anak mereka.

"Benda dah lepas, saya dah berkahwin, dah bahagia, dah berkeluarga dan dia sendiri pun dah ada pasangan dan keluarga. Jaga pasangan masing-masing. Tak perlu buang masa. Sama-sama kita bersahabat baik demi membesarkan anak, itu lagi bagus sebenarnya," tuturnya.

Sebelum ini, perkongsian Mawar yang dimuat naik di Insta Story itu menjadi perhatian apabila seolah memberi bayangan dia banyak menanggung keluarga ketika bergelar isteri.

Menerusi perkongsian tersebut, Mawar tidak menyebut nama mana-mana pihak namun mengakui hidupnya kini lebih tenang bebanding dahulu.

Kemudian, perkongsian Fizo pula menjadi bualan apabila memuat naik gambar bersama keluarganya dengan mengatakan bahawa difitnah juga merupakan salah satu rezeki serta rezeki ujian yang akan berikan kekuatan.

Untuk makluman, Mawar dan Fizo Omar pernah berkahwin pada 2013. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Wan Maryam.


________ IKLAN ________

Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.

Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.

Beli kat offical store je..! 

KLIK DI SINI ATAU KLIK GAMBAR SEKARANG






_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: