02 February 2023

IBU SYAMSUL YUSOF: "KAMI ADA 3 ORANG MENANTU YANG HEBAT-HEBAT... CUKUPLAH NAZARIAH, PUTERI SARAH, AEISYAH



Baru-baru ini, ibu kepada pengarah dan pelakon Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila memuat naik satu perkongsian dimana dia meluahkan rasa bangga memiliki tiga orang menantu yang hebat.


Berkongsi hal berkenaan di ruangan Instastory, Patimah telah menyenaraikan nama ketiga-tiga wanita yang merupakan menantu yang disayanginya.

"Kami ada tiga orang menantu yang hebat-hebat, cukuplah Nazariah Harun, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin dan Aeisyah Ustaz Zainal," tulisnya.

Pun begitu, nama Ira Kazar yang merupakan isteri kedua kepada Syamsul tidak ditulis dalam perkongsian berkenaan.

Klik untuk gambar besar



Sebelum ini, isteri kepada pengarah dan penerbit Datuk Yusof Haslam ini pernah menegaskan bahawa bapa kepada Ira Kazar iaitu Kazar Saisi bukanlah besannya.

"Besan kami Encik Megat Kamaruddin bukan dia," katanya yang sebelum ini menerusi ruangan komen di Instagram mStar.

Pada 5 Januari lalu, Syamsul menggemparkan dunia seni apabila dia mengakui sudah bernikah dengan Ira di Thailand, sehingga kisah tersebut hangat di perkatakan.

Syamsul dan isteri pertamanya Puteri Sarah Liyana saling berbalas komen di media sosial namun dilihat masih belum bertemu jalan penyelesaian terhadap kemelut rumah tangga mereka.

Rentetan itu, pada 15 Januari, Puteri Sarah bertindak memfailkan perceraian secara baik di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

Untuk makluman, Syamsul dan Puteri Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5.


________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: