02 February 2023

SELAMAT AKHIRI ZAMAN DUDA - RASHIDI ISHAK PILIH PENGARAH 'KAMPUNG PEOPLE', WAN HASLIZA SEBAGAI ISTERI



Alhamdulillah... tahniah diucapkan kepada pelakon Rashidi Ishak, 50, apabila dia dikhabarkan kini sudah kembali bergelar suami kepada pasangannya, pengarah drama 'Kampung People' iaitu Wan Hasliza Wan Zainuddin pada Khamis.


Menerusi laporan mStar, anak perempuan Rashidi, Maryam Rashika menerusi laman Instagram miliknya telah berkongsi foto bapanya mengenakan baju Melayu berwarna putih.

"Ayah memakai kasut Nikes di majlis kahwinnya dan anak perempuan mengenakan Doktor Martens di majlis kahwin ayahnya," tulis Maryam.

Manakala, anak lelaki Rashidi iaitu Mikhail Imran turut berkongsi perkara yang sama dimana dia dipercayai berada di majlis berkenaan yang berlangsung di Masjid Sri Sendayan Negeri Sembilan.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, seorang pengguna media sosial bernama Saiful Zahairie Zainuddin juga berkongsi foto di Facebook. Menerusi hantaran tersebut, Saiful mendoakan kebahagiaan pasangan berkenaan.

"Semoga bahagia ke akhir hayat," katanya.



Untuk makluman, Rashidi pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Vanida Imran pada 1 Oktober 2000 dan sah bercerai pada 9 Ogos 2018. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Mikhail dan Maryam Rashika.

Drama bersiri 'Kampung People' yang bersiaran di TV3 merupakan arahan Wan Hasliza dibintangi oleh Rashidi Ishak, Elly Mazlein dan Riena Diana. Selain drama 'Kampung People', Wan Hasliza pernah mengarah 'Keluarga Iskandar', 'Love', 'Supermoon', dan lain-lain.




________ IKLAN ________

JUALAN JIMAT GILER 2.2. - - Ayuh dapatkan pelbagai tawaran hebat di Shopee sempena jualan JIMAT GILER 2.2 (2 Februari 2023) ini.

Pelbagai barangan dijual dengan harga giler termasuk pemberian diskaun dan voucher yang tak masuk akal.

Selain itu,  banyak hadiah hebat dan cabutan bertuah menanti anda.








_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: