Pelakon dan usahawan, Wawa Zainal meluahkan rasa gembira apabila kedua ibu bapanya yang tinggal di Lahad Datu, Sabah itu akhirnya bersetuju untuk berpindah tinggal berdekatan dengannya di Semenanjung setelah sekian lama memujuk iaitu lebih tiga tahun.
Dek kerana itu, isteri kepada pelakon Aeril Zafrel itu telah membuat kejutan dengan menghadiahkan sebuah rumah teres setingkat di ibu kota yang terletak di Kajang, Selangor selepas lebih tujuh bulan membelinya.
"Selepas perniagaan semakin berkembang, saya memang ada niat untuk bawa keluarga berpindah ke sini. Rasanya sudah lebih tiga tahun saya pujuk ibu bapa tinggal di sini. Tahun lalu baru mereka setuju dan awalnya hanya menyewa dahulu.
"Apabila nampak semakin selesa, saya pun belilah sebuah rumah untuk mereka. Kedua ibu bapa saya tahu saya beli rumah tersebut dan mereka asyik bertanya bila boleh pindah ke rumah baharu.
Klik untuk gambar besar
"Melihat reaksi mereka semalam (Rabu) saya pun rasa hiba. Sebagai ibu bapa saya dapat rasakan bagaimana perasaan mereka apabila anak-anak memberi penghargaan sebegitu," ceritanya.
Wawa yang berasal dari Sabah itu turut berkongsi hal tersebut di laman Instagram miliknya dengan memuat naik video dimana ibu bapa pelakon itu berasa sebak dan terharu sehingga menitiskan air mata dengan hadiah kediaman dari anaknya itu.
Bukan itu sahaja, malah, bapanya juga turut mendoakan Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, 32, dimurahkan lagi rezeki dan dipanjangkan umurnya.
"Lama pujuk mak duduk Semenanjung. Akhirnya, dia (mak) setuju dan Wawa decide (putuskan) untuk belikan rumah untuk mak dan bapak. Mula-mula nak beli dua tingkat, tapi bila fikir mereka duduk berdua dan sudah berusia untuk naik turun tangga. Jadi Wawa cari rumah setingkat.
"Bila tengok keadaan rumah yang dibeli ini agak lama telan air liur juga. Fikir macam mana nak bagi lawa balik. Tapi Wawa memang percaya yang pereka hiasan dalaman boleh jadikan rumah ini rumah baru dan cuba tengok, lawa kan? Sangat cozy (selesa).
"Kepada mak ku sayang yang melahirkan Wawa ke dunia. Walaupun Wawa tidak membesar dengan mak. Mak kena tahu Wawa sayang dengan mak dan bapak dunia akhirat," tulisnya.
Melihat pada ruangan komen di Instagram, ramai pengikut termasuk rakan artis turut mendoakan Wawa terus dilimpahkan lagi rezeki kerana berbakti kepada ibu dan bapanya.
Sementara itu, kata Wawa, dia tidak mementingkan rumah yang besar dan mewah, tetapi lebih memikirkan mengenai keperluan dan keselesaan untuk ibu bapanya menjalani kehidupan harian.
"Mereka tinggal berdua sahaja, jadi rasanya tidak sesuai kalau beli rumah dua tingkat. Saya sendiri pun bila sudah tua nanti lebih selesa untuk duduk di bilik tingkat bawah kalau ada rumah bertingkat.
"Membeli rumah ini untuk pun tidak cukup untuk balas semua jasa mereka selama ini. Saya mahu mereka tinggal dekat dengan saya supaya jika ada sebarang keperluan saya ada dekat dengan mereka.
"Saya juga mahu keluarga berkumpul di sini. Rumah itu pun tidaklah mahal. Saya beli rumah subsale dah harganya sekitar RM380,000," jelasnya yang dipetik sebagai berkata kepada mStar.
________ IKLAN ________
Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.
Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.
Beli kat offical store je..!
_______ IKLAN _________
________________________
No comments:
Post a Comment