03 February 2023

"NAK JUMPA ORANG PUN RASA TAKUT... SAYA SENDIRI PUN TIDAK TAHU" - REMY ISHAK MASIH MENGGELETAR, MASALAH KESIHATAN MENTAL BELUM PULIH



"Keadaan saya masih belum okey lagi. Nak jumpa orang pun ada rasa takut. Sama juga jika mahu keluar ke lokasi penggambaran namun saya sendiri pun tidak tahu masalah sebenar penyakit ini.


"Sekarang ini pun (ketika ditemu bual) saya menggeletar. Apa pun saya cuba untuk kawal perasaan tersebut," itulah kata pelakon Remy Ishak yang mengakui dia masih lagi berdepan dengan masalah kesihatan mental seperti mana pernah dikongsikan sekitar tiga tahun lalu.

Ketika didekati sekumpulan media yang ingin membuat temu bual bersamanya baru-baru ini, jelas daripada riak wajah Remy atau Mohammad Zalimie Ishak, 41, yang kelihatan tidak selesa dan gementar.

Ujar pelakon berkenaan, dia sendiri tidak pasti masalah sebenar dihadapinya malah sehingga ke hari ini wujud perasaan takut berdepan dengan orang ramai.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, kata Remy, masalah tersebut turut menggangu tumpuannya di lokasi namun berusaha mengatasi segala ketakutan demi survival kerjayanya sebagai seorang pelakon.

Disebabkan masalah itu juga, Remy memberitahu, dia berhasrat memperlahankan karier pada tahun ini bagi memberi fokus kepada kesihatan dan pemulihan.

"Berlakon ini adalah minat saya, jadi saya kena teruskan walaupun memang sangat susah dalam keadaan begini. Saya tidak boleh berterusan begini. Kalau dibiarkan bermakna saya mengalah.

"Untuk tahun 2023 ini saya lebih memberi tumpuan untuk pulihkan diri dan naikkan semula semangat," tuturnya yang dipetik sebagai kepada mStar.



________ IKLAN ________

NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45" 

Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.  

MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"


PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc

100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.

Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI









_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: