01 April 2023

ALI PUTEH TEGAS TIDAK TAHU MENAHU PERKEMBANGAN AKAUN MEDIA SOSIAL ARWAH ABAM



"Takkan saya nak tunjuk yang saya pun sudah disekat. Apa yang boleh saya katakan adalah saya tidak tahu menahu mengenai Instagram milik arwah abang saya.

"Apa pun, Instagram ini hanya sekadar permainan industri. Apa yang penting adalah untuk memberikan bacaan Al-Fatihah buat arwah abang saya.



"Bukan apa, sekiranya tidak boleh melihat akaun itu takkan saya hendak paksa pula. Bukan baru sehari dua, namun sudah bertahun sebenarnya."

Itulah jelas pelawak Ali Puteh yang menegaskan tidak tahu menahu mengenai perkembangan akaun media sosial arwah Abam Bocey selepas abangnya meninggal dunia tiga tahun lalu.

Ali atau pemilik nama penuhnya, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan turut memaklumkan, proses pembayaran RM60,000 kepada kakak iparnya, Siti Norhidayah Mohd Ali akan diselesaikan sebelum Hari Raya Aidilfitri ini.

"Sebenarnya jalan untuk berdamai itu yang saya pilih namun ditolak (isteri arwah abang). Mungkin jika ingin berdamai lagi akan bertambah hal. Bukan tak nak bayar, cuma kalau boleh nak bayar secara ansuran.

"Namun permohonan itu pun ditolak, jadi mesti ada yang tidak kena. Saya cuma memikirkan arwah anak abang saya yang berada di situ. Selepas tiga tahun arwah Abam meninggal dunia pun kami tidak dapat berjumpa dengan Hamzah.

"Bukan saya saja, malah arwah mak saya meninggal dunia pun tak berjumpa. Saya bukan nak salahkan sesiapa, cuma akan mencuba juga sebaik mungkin untuk bayar secepat mungkin," tuturnya.



. .................... . . #myartis #artismalaysia Myartis https://www.facebook.com/myartisdotcom/

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: