Isteri kepada penyanyi Datuk ND Lala iaitu Datin Fauziah Sarman baru-baru ini menerusi laman Instagram miliknya telah mendedahkan wajah penyondol berserta dengan nama penuhnya sekali.
Dalam hantaran tersebut, ibu kepada penyanyi Shila Amzah itu turut menyertakan akaun Instagram suaminya.
Selain itu, hasil tinjauan di Instagram Fauziah juga mendapati tiada lagi gambarnya bersama suami.
Perkongsian Fauziah itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terkejut dengan pendedahan tersebut.
Klik untuk gambar besar
Sebelum ini, hangat diperkatakan apabila seorang penyanyi dan pelakon lelaki popular era 80-an dikatakan telah bernikah lagi satu secara rahsia sehingga ada netizen mendakwa individu tersebut adalah ND Lala.
Bagaimanapun, adik Shila iaitu Syada Amzah menafikan dakwaan tersebut serta mengatakan ibu bapanya masih tinggal sebumbung dan hampir setiap hari keluar bersama.
________________________

No comments:
Post a Comment