"Kalau Aurora trauma pasal 'petik cili' ini, Diana kena terangkan betul-betul pada semua orang, pada saya. Kalau saya nak cerita mengenai insiden 'petik cili' ini, ia lebih kepada mengaibkan.
"Apa yang berlaku, Aurora masuk ke rumah jiran dan petik pokok cili. Saya nampak, sebagai bapa saya cakap pada dia, Aurora awak buat kerja salah, masuk rumah orang, ambil barang orang 'consider' mencuri.
"Babah ajar ke, ibu ajar ke, siapa ajar dia buat macam itu. Dia kata tiada siapa yang ajar. Saya suruh kawan dia balik dan denda Aurora. Saya kata Aurora nak kena rotan ke atau stand (berdiri) di dinding untuk denda. Jadi, dia pilih untuk pergi ke dinding.
"Sedang dia jalani denda itu, Diana sampai dan dia tak puas hati dengan apa yang saya buat pada Aurora," kata pelakon dan pengarah Farid Kamil, 42, dimana dia tampil menjelaskan insiden di sebalik 'petik cili' seperti dinyatakan dalam surat peguam isterinya, pelakon Diana Danielle, 32, memaklumkan anak bongsunya, Nur Aurora, 8, belum bersedia untuk berjumpa kerana masih trauma dengan kejadian itu.
Farid yang gembira dan bersyukur apabila dibenarkan berjumpa dengan anak sulung, Muhammad, 10, memberitahu, sebagai ketua keluarga dia cuba terapkan cara didikan pada era 1990-an yang pernah dilakukan keluarganya pada anak-anak, namun tidak mendapat persetujuan Diana yang tidak mengetahui kejadian sebenar.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Farid yang ketika ini berdepan konflik rumah tangganya, meminta isterinya itu agar tidak memperbesarkan isu seperti 'petik cili' ke mahkamah yang akan mengambil masa lama dan wang yang sangat banyak.
"Saya rasa terhina sangat apabila diperlakukan seperti ini. Apa salah saya? Saya curang dengan perempuan lain ke? Saya buat apa? Apa dosa besar yang saya buat? Tolong jelaskan.
"Kita bukan orang senang. Mengapalah benda yang kecil-kecil ini nak diperbesarkan tanpa sebab yang munasabah. Cukup-cukuplah kesengsaraan yang saya alami dari 2017 itu. Cukup-cukuplah benda itu.
"Tahun 2023 ini adalah masa kita get back in track (rapat semula). Takkan nak ambil kecelakaan yang berlaku pada saya 2017 itu dibawa sampai sekarang. Takkan nak menyusahkan family (keluarga) lagi," ujarnya ketika temubual Melodi TV3.
________________________
No comments:
Post a Comment