02 April 2023

DISERANG ANGIN AHMAR - RAHIM MAAROF MASIH DI ICU SELEPAS DIBEDAH



"Assalamualaikum... Mohon doakan untuk sepupu Lydia, abang Rahim Maarof ada di Hospital Sungai Buloh. Masih dalam wad ICU.. kena stroke (angin ahmar) dan buat operation (pembedahan) Jumaat pagi (baru-baru ini).

"Doktor ada buka tempurung kepala dan buang cairan 'area' (kawasan) otak. Minta jasa baik semua doakan. Semoga berkat doa kita semua dan pada bulan yg barokah ini semoga Allah SWT kurniakan kesembuhan dan permudahkan."


Demikianlah tulis penggiat industri muzik tanah air yang dimaklumkan sepupu Rahim Maarof, 68, dikenali sebagai Lydia dimana dia memohon agar dihebahkan keadaan kesihatan penyanyi yang popular dengan lagu 'Cinta Kristal', 'Jangan Kau Rayu', 'Istana Menanti' dan 'Lizawati' itu yang kini dirawat di ICU.

Penyanyi berusia 68 tahun itu dikhabarkan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh selepas diserang angin ahmar dan menjalani pembedahan Jumaat lalu.

Klik untuk gambar besar



Pada Oktober 2021, Rahim memaklumkan dia sudah berhenti merokok sejak 2018 akibat batuk teruk dialami walaupun dirinya adalah seorang perokok tegar, selain turut berkongsi aktiviti dilakukannya bagi rutin penjagaan kesihatan dan menjalani kehidupan harian dengan gembira.

Katanya, dia suka berbasikal dan melakukan senaman biasa selain memastikan dirinya tidak berhadapan tekanan dengan cuba menyelesaikan setiap masalah yang datang secara tenang.

Untuk info, Rahim juga pernah menyertai program Mentor musim kelima (Mentor 5) di TV3 pada 2011 dan menjadikan pelakon Aiman Hakim Ridza sebagai protege di bawah bimbinganya selaku mentor.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: