02 April 2023

"POLIS KETUK PINTU, TAPI FARID ENGGAN BUKA" - DIANA DANIELLE NAFI INSIDEN 'PETIK CILI' ADALAH ALASAN MINTA CERAI



"Siapa kata, insiden 'petik cili' adalah sebab saya minta cerai? Saya minta cerai dua hari sebelum insiden itu terjadi. Dia (Farid) tahu, bukan tak tahu.

"Saya beritahu dia mahu failkan perceraian. Dia kata, teruskan. Malah, dia minta dipercepatkan. Sekarang, bertindak seperti keliru pula?" tulis pelakon Diana Danielle, 32, menerusi hantaran di Instagram Story.


Dalam hantaran tersebut, Diana menafikan insiden 'petik cili' oleh anaknya, Nur Aurora, 8, di rumah jiran adalah alasan dia mahu bercerai dengan suaminya juga pelakon dan pengarah, Farid Kamil, 42.

"Tanggungjawab. Tanggungjawab adalah berlakunya shiqaq berpanjangan. Insiden 'petik cili' itu Aurora masih teringat sampai sekarang, dia takut nak berjumpanya. Awak nak saya paksa dia, hanya untuk gembirakan semua orang?

"Sebenarnya pagi ini, Muhammad ada bertanya sama ada dia boleh balik raya di Kedah, tapi apa Aurora cakap, dia kata 'perlukah saya pergi?'

Klik untuk gambar besar



"Saya tidak takut. Aurora dah berusia lapan tahun. Dia boleh cakap apa yang dia fikir. Jika orang fikir saya mengajar dia cakap begitu, sampai bila? Dia pun ada perasaan dan dia ambil masa seminggu untuk berhenti menangis apabila kami menyebut namanya (Farid) dan insiden itu," katanya.

Tambah Diana lagi, sekiranya Farid menganggap insiden (petik cili) itu perkara kecil, terpulang, kerana katanya, Farid tidak boleh menafikan apa yang dirasakan oleh Aurora.

Malah kata Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, apa yang dilihatnya ketika itu satu kemarahan yang meluap, jika tidak, kenapa dia perlu bertindak hingga menghubungi polis untuk mengambil mereka di rumah.

"Polis mengetuk pintu, tapi dia tidak membukanya. Mereka (polis) ketuk selama sejam, menunggu saya membawa anak-anak keluar dari pintu hadapan. Tapi, sebaliknya kami perlu memanjat keluar kerana dia enggan membuka pintu, kenapa? ujarnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: