03 April 2023

"EMPAT BULAN TAK BAYAR NAFKAH" - DIANA DANIELLE DEDAH SIKAP BARAN FARID KAMIL SEHINGGA TERPAKSA HUBUNGI POLIS



"Kalau sayang betul pada anak, kenapa nak buang bin atau binti anak? Kenapa suruh saya failkan permohonan buang nama awak dari surat beranak anak? Kenapa ugut kami macam itu?

"Saya tidak pernah merancang untuk mendedahkan perkara sebenar secara terbuka. Saya tidak punya pilihan oleh kerana kemahuan awak terus menerus memanggil media untuk meraih simpati. Kita sambung semuanya di mahkamah.


"Saya mahu tekankan di sini, dia sudah mula tengking-tengking baran dengan anak dari malam sebelumnya. Semuanya hal yang sangat remeh. Sampai ke esok pagi masih menengking anak-anak atas sebab sebab remeh.

"Sampai ke tengah hari dia tengking saya sebab tak jumpa seluar. Petang dia tengking Aurora insiden Aurora petik cili. Dua hari dia tak berhenti baran dan jerit sekuat hati. Aurora menggigil minta tolong dengan saya sebab dia sangat takut.

Klik untuk gambar besar



"Dia dipaksa untuk duduk dalam bilik Babah malam tu sebab nak sambung 'ajar' anak," dedah pelakon Diana Danielle, 32, menerusi kenyataan yang dimuat naik di Instagram Story, hari ini dimana dia mendakwa suaminya, pelakon Farid Kamil, 42, menjadi makin baran dua hari selepas dia memohon cerai, baru-baru ini, termasuk menengking dan memarahi anak mereka, Nur Aurora, 8.

Jelas Diana lagi, dia kemudian mahu mengambil anak perempuannya itu ke bilik lain untuk tidur bersamanya, selepas terkejut mendapati Aurora tidur di atas lantai berlapikkan sejadah di depan pintu tandas. Bagaimanapun, katanya, Farid menghalang dan menolaknya berkali-kali.



"Saya tetap berkeras untuk bawak anak masuk bilik saya kerana takut apa lagi tindakan seterusnya. Sebelum saya keluar dari bilik, dia (Farid) ugut lagi akan pukul anak esok sebabkan saya tak bagi anak tidur atas lantai depan tandas," kongsinya.

Menjelaskan mengenai perbuatan Aurora memetik cili di rumah jiran yang dikatakan antara punca Farid melenting, Diana berkata, Aurora tidak sengaja.

"Itulah kali pertama dan dia tak tahu petik cili dianggap mencuri. Bukan dia niat mencuri. Didik anak jangan sampai dera emosi," tuturnya.

Tambah Diana, dia tidak pernah melihat suaminya berkelakuan begitu sampai menimbulkan ketakutan buatnya sehingga terpaksa menghubungi polis untuk keluar dari rumah kerana tak tahu apa yang akan berlaku lagi esoknya.

"Bulan ini sudah masuk empat bulan tak bayar nafkah. 'Trip' (perjalanan) ke Makkah (Februari lalu), saya bayar untuk semua empat beranak. Saya tak harap pun dia bayar balik, sebab sudah biasa, bila saya keluarkan duit untuk apa-apa, selagi tak ingatkan dia pun takkan ingat nak ganti balik.

"Tapi dia sendiri cakap, dia akan 'cover' (bayar) balik kos penerbangan dan hotel di Makkah. Malangnya sampai hari ini hanya tinggal kata-kata. Dia boleh beli kereta baru, beli cincin berapa ribu (ganti cincin kahwin hilang) dan apa lagilah, tetapi nafkah dan hutang masih tergantung," kata Diana.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: