03 April 2023

"BUKAN ANGIN AHMAR, BUKAN KOMA" - ANAK RAHIM MAAROF MINTA HENTIKAN SEBAR MAKLUMAT KURANG TEPAT



"Sebenarnya, dia bukan diserang angin ahmar, tetapi tekanan darahnya tinggi. Kemudian, ada cecair di bahagian otak dan doktor sudah keluarkan menerusi pembedahan yang dilakukan Jumaat lalu. Saya pergi melawat kira-kira jam 5 petang semalam. Dia dalam keadaan separuh sedar ketika itu.

"Ketika saya sampai, dia sedang tidur. Kemudian, dia terjaga sekejap dan saya sempat berbual. Ada respon daripadanya dan dia cuba bercakap, tapi kita tak faham. Menurut jururawat, keadaannya masih belum stabil selagi masih di ICU.


"Kalau dah dipindahkan ke wad biasa, ertinya keadaannya mula stabil. Bagaimanapun, semuanya bergantung kepada keadaannya dan sekarang dia masih di bawah pemantauan doktor," maklumnya.

Itulah kata pengurus artis yang juga sahabat kepada Rahim Maarof iaitu Aalan Ahmad yang tampil menjelaskan penyanyi veteran itu kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sungai Buloh (HSB) bukan diserang angin ahmar tetapi akibat kenaikan tekanan darah tinggi.

Klik untuk gambar besar



Sementara itu, anak Rahim iaitu Jasmin Rayhan turut tampil menjelaskan mengenai keadaan bapanya: "Ayah saya ditahan di hospital pada Khamis, 30 Mac 2023 di HSB. Ayah saya ditahan kerana tekanan darah tinggi. Bukan strok (angin ahmar) dan dia bukan dalam keadaan koma.

"Sekarang ayah saya dalam proses penyembuhan dan ini adalah masa untuk kami pihak menjaga privasi kami. Kami harap semua pihak dapat berhenti sebarkan maklumat yang tak tepat dan mohon doakannya. Saya mohon maaf sebab setakat itu saja maklumat yang dapat saya kongsikan.

"Terima kasih dan sekali lagi, saya minta maaf kerana saya perlu menghormati keputusan keluarga. Kami harap media dapat berikan masa dan privasi kepada kami. Apa-apa maklumat yang bukan daripada saya, bukan maklumat tepat," katanya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: