05 April 2023

DISIHIR SEJAK BAYI - ABANG HIDAYAH SEDIH LIHAT HAMZAH DERITA, TAK KUAT PEGANG SUDU SEBAB SARAF ROSAK



"Mana ayahjang (Azmier) tak sedih tengok keadaan ucuk (Hamzah), biasa tangan sihat, sekarang nak makan pun pegang sudu terjatuh.. Hilang selera ayahjang tengok keadaan ucuk kesayangan ayahjang. Sanggup kau buat anak ayah.

"Banyak penderitaan kau buat pada ucuk aku sejak ayah dia meninggal dari dia baby. Kau sihir, ganggu dia setiap malam sampai dia tak lena tidur, menangis-nangis sampai tidur dia tak normal, kau sihirkan, sampai dah besar, sikit pun kau masih sanggup lagi hantar sampai Hamzah asyik keluar masuk hospital.


"Aku tak pernah nak update pasal ucuk aku sebab aku takut kau akan hantar lagi jahat untuk sakitkan dia lagi, sampai doktor sendiri tak dapat tahu apa masalah sakit Hamzah.

"Apa ucuk aku buat pasal kau! Apa dosa dia pada kau! Sanggup buat dia macam ni, aku dah tak sanggup tengok keadaan ucuk aku, kau asyik hantar sihir. Budak ni sihat sahaja, kau hantar lagi sihir dan hantar sihir sampai rosakkan sistem urat saraf dalaman ucuk aku."

Itulah luahan abang kepada Siti Norhidayah iaitu Mohd Azmier Zmier menerusi satu perkongsian di Facebook miliknya mengenai keadaan anak saudaranya, Syed Uthman Hamzah yang didakwa menjadi mangsa sihir sejak bayi lagi.

Klik untuk gambar besar


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: