20 April 2023

BADRUL MUHAYAT SELAMAT BERNIKAH DENGAN PILIHAN HATI SEORANG GRADUAN ENGLAND



Tahniah diucapkan kepada pelakon Badrul Muhayat yang akhirnya selamat bernikah dengan wanita pilihan hatinya, Norhayati Zulkapli yang merupakan bekas graduan Universiti Liverpool England pada Selasa.

Tarikh pernikahan 18 April itu diambil sempena memperingati tarikh ulang tahun kelahirannya, Badrul atau nama penuhnya, Badrul Muhayat Ahmad Jailani, 55, bagaimanapun enggan berkongsi lebih terperinci mengenai wanita pilihannya itu, sebaliknya berkata, mereka telah berkenalan selama empat bulan sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.


"Isteri saya ini bekas graduan Universiti Liverpool England, dalam jurusan pengurusan harta.Ada orang berkawan empat tahun dah tak kahwin-kahwin tapi saya dengan isteri hanya kenalempat bulan sahaja. Kami sama-sama orang Johor dan saya memang nak cari pasanganorang Johor tak sangka dapat.

"Jadi saya terpaksa buat secara kecil-kecilan, yang datang pun adik-beradik sahaja," tutur Badrul yang berkata, dia tidak menyangka berita perkahwinannya boleh tersebar lebih awal kerana dia mempunyai perancangan berkongsi kepada umum pada Jun atau Julai nanti.

Klik untuk gambar besar



"Saya tak sangka benda ini boleh tersebar, saya tiada niat nak merahsiakan majlis pernikahan saya tapi saya nak berkongsi kepada semua semasa majlis resepsi pada Jun atau Julai nanti.Masa itu nanti saya akan perkenalkan isteri saya kepada semua dan saya juga akan kongsikan bagaimana kami berkenalan. Saya akan menjemput rakan-rakan media ke majlis resepsi nanti," katanya lagi yang akan berkongsi lanjut mengenai pertemuan mereka itu pada hari berkenaankelak.

Untuk makluman, Badrul pernah mendirikan rumah tangga sebanyak dua kali namun berakhIr dengan penceraian. Hasil perkahwinan tersebut dia memiliki dua orang cahaya mata yang berusia 14 dan 16 tahun yang kini menetap bersama bekas isterinya.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: