20 April 2023

ROHANA JALIL DILAPORKAN KRITIKAL DI ICU



"Semalam, saya mendapat khabar keadaan Rohana kritikal dalam ICU dengan penyakit yang belum diketahui," itulah kata penyanyi Datin Salwa Abdul Rahman yang mengesahkan rakan baiknya, penyanyi popular era 1980-an, Rohana Jalil, 68, kini dilaporkan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tanpa diketahui penyakit, sejak semalam.

Menerusi laporan Harian Metro, Salwa berkata, dia terkejut diberitahu juara Bintang RTM 1980 itu berada dalam kritikal di ICU sejak semalam. Namun, jelasnya lagi, doktor masih melakukan pemeriksaan dan pemantauan mengenai penyakit dihidapi Rohana memandangkan penyanyi lagu 'Rayuanku' itu tidak pernah alami penyakit serius sebelum ini.


"Jaafar Onn ada menunjukkan gambarnya bersama Rohana ketika mengadakan persembahan di Plaza Shah Alam, Ahad lalu. Bagaimanapun, Jaafar beritahu ketika sedang menyanyi, Rohana tidak boleh berdiri secara tiba-tiba. Rohana nak duduk dan terus berada dalam keadaan lemah. Saya memang terkejut kerana mengenalinya, Rohana seorang yang aktif dan jarang sakit," ujarnya.

Tambah Salwa, dia diberitahu, ibu kepada pelakon dan penyanyi Kilafairy itu dikejarkan ke hospital, kelmarin, namun, anak-anaknya masih merahsiakan daripada pengetahuan sesiapa.

Klik untuk gambar besar



"Bagaimanapun, bila keadaan Rohana semakin kritikal, anak-anaknya mula berkongsi perkembangan kesihatan Rohana dan minta mendoakan kesembuhan. Pelawat tidak dibenarkan melawat Rohana, buat masa ini. Ini kerana Rohana masih dalam ICU dan bernafas menggunakan bantuan oksigen. Saya dengar Rohana sudah ada tindak balas sedikit, namun keadaannya masih lemah dan dalam pemantauan, semalam," jelas Salwa yang turut mengulas fizikal Rohana yang semakin kurus, dimana dia tidak mengetahui jika penyanyi itu mempunyai penyakit, memandangkan aktif dan sentiasa cergas.

"Beberapa bulan lalu, saya dan Rohana berada di Brunei hampir sebulan. Saya tidak nampak Rohana alami apa-apa sakit sepanjang di sana. Saya percaya Rohana mengawal pemakanan demi menjaga kesihatan. Saya tidak bertanya kerana melihatnya sentiasa sihat dan cerdas, cuma fizikal kurus. Jadi, saya mohon kita sama-sama mendoakan Rohana kembali sembuh. Saya berhasrat melawat Rohana, cuma menunggu maklum balas anak-anaknya," katanya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: