20 April 2023

INI JAWAB DAZRIN ISU VIDEO TULAR ADAM LEE BERGADUH DI KEDAI KARPET MILIKNYA



"Ramai yang tanya apa telah berlaku dan pelbagai spekulasi berterbangan. Pertama sekali, saya memang minta maaf tetapi saya tak sesuai untuk perjelaskan apa yang berlaku. Saya dan team tengah merangkakan satu kenyataan untuk kita pencerahan apa yang berlaku.Banyak sangat komen yang dilontarkan... pada saya, saya rasa ralat la.

"Sebab ini memang bukan, sebahagian daripada marketing. Sejujurnya, saya cakap Sweet dan Adam memang datang ke Alaqsa Carpets untuk mencari karpet dan melakukan sedikit ulasan untuk kami.Sebab itu memperjelaskan kenapa ada mikrofon di badannya. Tapi apa yang berlaku yang anda tonton dalam video itu tak ada kena mengena langsung dengan marketing daripada kami," kata pelakon Dazrin Kamarudinyang tampil menegaskan apa yang terjadi itu bukanlah semata-mata gimik untuk promosi kedainya.


Sebelum ini, tular video memperlihatkan pertengkaran yang dipercayai antara pelakon Adam Lee dengan seorang lelaki di sebuah kedai karpet baru-baru ini.

Menurut Dazrin lagi, insiden pergaduhan itu juga berlaku selepas Adam dan isterinya yang juga pelakon, Sweet Qismina membuat reviu atau ulasan untuk kedai karpet tersebut, selain memaklumkan, pihaknya sudah memohon maaf kepada pasangan suamiisteri tersebut atas insiden yang tidak dingini.

Klik untuk gambar besar



"Kejadian itu berlaku selepas reviu dan selepas Sweet dan Adam sedang membeli karpet. Tapi untuk jelaskan lebih lanjut, saya tak boleh lakukan sekarang. Tapi Insya-Allah pencerahan itu atau penjelasan tentang apa yang berlaku akan dibuat tak lamalagi.

"Saya ingin memohon maaf kepada Sweet dan Adam atas kejadian yang tak diingini itu. Adam danSweet pun sudah memaafkan pihak kami. Kedua-dua belah pihak juga dalam keadaan baik," ujarnya.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: