05 April 2023

PULANG MALAYSIA SEBAB RINDU PERGI KE BAZAR RAMADAN - AZHAR SULAIMAN 'PENING' DENGAN LEONA



Pelakon Azhar Sulaiman baru-baru telah berkongsi video anaknya, Kasih Iris Leona itu kini berada di Malaysia untuk menyambut Ramadan bersama keluarga.

Dalam video tersebut, Azhar berkata, dia sendiri tidak faham kenapa anak gadisnya itu susah untuk 'melekat' di UK apabila dia senang-senang sahaja pulang ke Malaysia.


Turut kedengaran, Leona yang menyambung pengajian di United Kingdom, London itu memberitahu, dia rindukan suasana berpuasa di Malaysia, selain meluahkan hasratnya mahu ke bazar Ramadan menaiki motosikal.

"Saya nak pergi naik motor ke bazar Ramadan. Kena naik motor, saya tak nak naik kereta," katanya.

Klik untuk gambar besar



Perkongsian Azhar itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terkejut apabila Leona yang baru saja berkongsikan gambar percutiannya di Iceland itu sudah berada di Malaysia.

Bukan itu sahaja, ada yang mengatakan Leona ulang alik dari UK ke Malaysia seperti Kuala Lumpur ke Johor sahaja, malah ibarat macam tiket bas.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: