12 May 2023

AL-FATIHAH - IBU LIYANA JASMAY DIJEMPUT ILAHI



Takziah diucapkan kepada pelakon Liyana Jasmay atas pemergian ibunya iaitu Datin Habsah Simpon yang meninggal dunia akibat kanser limfoma tahap empat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira jam 8.30 pagi, hari ini.
Berita duka tersebut dikongsikan pengurus Liyana, Norhazwani Jamil yang turut memaklumkan jenazah dibawa ke Masjid Al Iman Kemensah, Ampang, Selangor untuk disembahyangkan.

"Arwah mula lemah semalam selepas mula sakit sejak dua bulan lalu," jelasnya yang dipetik sebagai kepada Harian Metro.

Klik untuk gambar besar
Sementara itu, saudara terdekat Allahyarham, Nur Ernawati Mohamad Nor yang juga isteri kepada pelakon, Zul Huzaimy turut memuat naik perkongsian di Instagram mengenai pemergian Habsah.

"Innallilahiwainnailahirojiun. Hari ini Mak Lang tinggalkan kami semua di hari Jumaat yang mulia ni, tinggalkan mama sendirian. Tetapi, tidak mengapa kerana kami tahu mak lang sudah menanggung keperitan ditinggalkan sejak arwah Pak Lang meninggal dunia.
"Selama 18 bulan Mak Lang mengharungi dan reda di atas pemergian kekasih hati. Sekarang mak lang rehatlah di alam abadi di sana. Semoga bertemu cinta hati Pak Lang dekat sana nanti.

"Terima kasih di atas didikanmu, nasihat dan kasih sayang selama ini. Terima kasih kerana mengajar erti kasih sayang dan tugas sebagai isteri. Mak Lang adalah idola ibu dan isteri yang baik. Buat semua keluarga dan rakan-rakan yang mengenali Mak Lang, saya mohon doakan dia dan halalkan segala jika ada," tulisnya.

Terdahulu, suami Allahyarham iaitu Datuk Jasmay Md Shah meninggal dunia pada Disember 2021 akibat kanser paru-paru. Selain Liyana, Allahyarham meninggalkan tiga lagi anak iaitu Juzaili Jasmay, 46; Faradilla Jasmay, 43; dan Adriana Jasmay, 41.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: