28 May 2023

"BENAR SAYA ADA BERGADUH... TAPI BUKAN BALQIS" - QISTINA RAISAH TERKEJUT DISINDIR, MINTA PUTERI BALQIS JELASKAN SALAH FAHAM



"Saya mahu Balqis cakap yang ini salah faham dan jelaskan secara terbuka sebab ia memalukan sehingga ramai orang fitnah saya. Kalau boleh saya tak mahu isu ini berpanjangan sebab selepas ni mungkin kami akan berjumpa lagi... tapi kalau tak mahu tak apa. Saya sangat terkejut (kenyataan Puteri Balqis) sebab sebelum ini saya memang tak pernah langsung ada masalah dengan dia.
"Jika benar apa yang diperkatakan itu adalah untuk saya... tidak sangka begitu sekali dia merendahkan dan menghina saya. Saya memang tidak pernah menang anugerah, tetapi sebagai seorang yang turut sama dalam industri saya harap dia faham keadaan saya."

Demikian kata pelakon remaja Qistina Raisah, 15, yang terkejut apabila timbul dakwaan kononnya wujud perselisihan faham antara dirinya dengan pelakon Puteri Balqis, 20, baru-baru ini.

Klik untuk gambar besar
Sebelum ini, Balqis menerusi satu perkongsian di laman Instagram, mendakwa seorang pelakon remaja telah menyindirnya menerusi satu rakaman video. Meskipun tidak menyebut nama, netizen mula membuat andaian pelakon yang dimaksudkan itu adalah Qistina atau nama sebenarnya, Nur Qistina Mohd Kamarol Azri.

Kata Balqis dalam perkongsiannya tersebut, pelakon remaja itu sering membanding-bandingkan kecantikkan dirinya dengan orang lain, malah dia juga tidak sanggup melihat pelakon remaja itu kerap menayang teman lelakinya.
Mendedahkan permulaan konflik ini terjadi, Qistina mengakui pada awalnya wujud pertelingkahan antara dia dengan salah seorang sahabat. Bagaimanapun, kata Qistina, ada pengikut salah faham dan menyangka mesej yang ditulisnya di media sosial itu ditujukan kepada Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Televisyen Asia 2014 itu.

"Benar saya ada bergaduh dengan seorang rakan, tapi individu tersebut bukan Balqis... siapa yang tahu, tahulah! Tapi kami sudah pun bermaafan, dah selesai tapi pelik pula tiba-tiba Balqis ingat saya tujukan kepadanya di media sosial. Saya pun tidak tahu bagaimana dia boleh terasa perkongsian saya sebelum ini ditujukan kepadanya," luah Qistina.
Dalam pada itu, Qistina mahu kemelut ini berakhir segera, selain terbuka untuk bekerjasama dengan Balqis dalam mana-mana projek selepas ini. Tambah Qistina lagi, dia mengagumi bakat lakonan Balqis yang diketahui seorang pelakon muda yang hebat dan berbakat besar.

"Saya tiada sebarang masalah dengan dia. Balqis seorang pelakon cantik dan saya amat kagum dengan bakat lakonannya... lebih seronok kalau kami dapat bekerjasama selepas ini,," jelasnya.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: