30 May 2023

"TAK BOLEH NAK HENTIKAN APA ORANG NAK CAKAP" - UBAI JADIKAN KOMEN NEGATIF SEBAGAI POSITIF



"Kalau kisah saya dengan Shila ini, buatlah baik macam mana pun, yang negatif tetap akan ada. Contoh masa kita mula berkawan, ada orang yang cakap kenapa saya nak tumpang populariti dia?
"Bila kami dah bercinta pula, ada yang kata kenapa macam itu macam ini, banyaklah negatifnya. Malah, saya diminta ikat dia (bertunang) untuk ikatan sah dan cepat-cepat bernikah. Jadi, benda ini (perhatian netizen) memang tak boleh nak hentikan apa orang nak cakap.

"Tapi, saya okay saja kalau orang macam doakan yang baik-baik, tahniah nak kahwin pun, dah bertunang. Tapi, bila orang persoalkan macam tak lama lagi, harap putus, tipulah kalau mana-mana individu boleh cakap dia tak kisah."

Demikian kata pempengaruh media sosial, Ubai MZ, 25, yang mengakui bukan mudah dia melayari hubungan percintaan dengan tunangnya yang juga penyanyi popular, Shila Amzah, 33, kerana perlu berhadapan pelbagai tanggapan negatif netizen.

Klik untuk gambar besar
Bagaimanapun, Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, meluahkan rasa bersyukur kerana pertunangan dengan penyanyi lagu 'Patah Seribu' dan 'Memori Tercipta' itu sudah selamat berlangsung semalam, pada satu majlis tertutup.

Mengulas kisah hantaran Shila di Instagram beberapa hari sebelum mereka bertunang yang menimbulkam salah faham ramai, Ubai menjelaskan, dia tahu niat sebenar kekasihnya itu yang ingin memberikan penghargaan.

"Saya dalam perjalanan ke tempat kerja ketika tahu mengenai hantaran itu. Apabila membacanya, saya tahu yang dia (Shila) sekadar menulisnya sebagai penghargaan. Tapi, ramai yang dah salah faham dan anggap bukan-bukan.
"Sebenarnya ia perkara biasa saja bagi saya. Sebabnya,bila sebut hubungan saya dengan Shila, memang banyak yang negatif orang akan cakap daripada positif. Itulah lumrah kehidupan.

"Saya dah faham sangat dah. Kami buatlah apa pun, tapi yang buruk itu orang tulis dan cakapkan," ujarnya yang merancang majlis perkahwinannya dengan Shila pada tahun ini dan enggan bertunang lama-lama.

Tambahnya, dia boleh saja kata tak baca komen-komen itu, tapi realiti sebenar memang kena kuatkan diri untuk hadap semua itu. Kata Ubai lagi, sebelum ini di TikTok pun dia ada dapat komen negatif, tapi mengambilnya secara positif sebagai kekurangan diri.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: