20 May 2023

PENGSAN DI PENTAS MEGA SPONTAN 2023 - MAMAT SEPAH AKUI TAK SEDAP BADAN SEBELUM PROGRAM MULA



"Sepanjang 14 tahun membuat persembahan, inilah pertama kali terjadi kepada saya. Saya sendiri pun tidak tahu apa puncanya. Ketika pusingan pertama naik pentas saya dah rasa tidak sedap badan, penglihatan pun kabur selain telinga tidak boleh mendengar.
"Nak kata saya gementar tak mungkin sebab saya amat yakin dengan pasukan sendiri. Saya langsung tidak rasa gementar sebelum naik pentas," jelas Mamat Sepah berhubung dirinya yang tiba-tiba pengsan sehingga mengejutkan peminat ketika pelawak itu muncul di pentas minggu pertama program Mega Spontan 2023 yang bersiaran langsung pada malam Jumaat.

Disebabkan keadaan Mamat atau sebenarnya Mohd Noor Murad, 38, pada malam tersebut, tiga rakan kumpulannya iaitu Adlin Aman Ramli, Joey Daud dan Sajna Suri terpaksa meneruskan persembahan tanpa Mamat.

Klik untuk gambar besar
Tambah Mamat lagi, ketika melakukan pemeriksaan bersama pasukan perubatan di belakang pentas, dia dimaklumkan tekanan darah dan tahap kesihatannya dalam keadaan baik.

"Pegawai perubatan pun cakap saya tidak gementar. Katanya mereka boleh kesan pada wajah seseorang yang menunjukkan simptom gementar. Dah periksa tekanan darah dan nadi pun semuanya okey. Saya tahu kondisi badan sendiri. Jadi mestilah saya tidak akan ambil makanan yang boleh memberi kesan kepada diri sendiri," ujarnya.

Dalam pada itu, Mamat turut memaklumkan keadaannya masih belum stabil dan akan melakukan pemeriksaan lanjut di hospital, selain berasa amat bertuah kerana bersama anggota yang sangat memahami dan tidak mengalah tatkala berlaku kecemasan seperti itu

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: