21 May 2023

SELAMAT BERNIKAH - ANAK LELAKI DIDIE ALIAS MENGALIR AIR MATA



"Selamat datang ke keluarga kami. Selamat pengantin baru buat anakku. Semoga berbahagia hingga ke jannah. Jaga Dhan (Dhanial) untuk kami ya."
Itulah kata pelakon Didie Alias, 53, yang meluahkan rasa syukur anak lelakinya iaitu Muhammad Dhanial, 29, selamat melangsungkan pernikahan dengan Nurkhairunisa Zulkifli pada Sabtu di kampung halaman wanita pilihannya itu di Tawau, Sabah.

Untuk makluman, Dhanial yang merupakan anak lelaki tunggal hasil perkahwinan Didie atau nama sebenarnya Fadzilah Mohd@Ali, 53, dengan Allahyarham Ridzuan Hashim.

Klik untuk gambar besar
Menerusi beberapa perkongsian semula di Insta Story, kelihatan Dhanial tidak dapat menahan air mata selepas dirinya sah bergelar suami.

Sebelum ini, Didie memaklumkan dia dan ahli keluarga yang lain bimbang jika Dhanial sedih di hari pernikahan selepas pemergian arwah bapanya yang baru sahaja meninggal dunia pada 4 Mei lalu.

Dalam masa sama, Didie juga memberitahu anaknya itu meluahkan hasrat untuk memakai barangan peribadi arwah seperti jam tangan dan samping di hari pernikahan.


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: