21 May 2023

SELAMAT JALANI PEMBEDAHAN - ANAK CHE TA ALAMI KETUMBUHAN GIGI BERLEBIHAN



Baru-baru ini, pelakon dan ahli perniagaan, Rozita Che Wan menerusi laman Instagram miliknya telah berkongsi gambar anak bongsunya iaitu Aaisyah Dhia Rana, 9, yang ditolak ke dewan bedah sehingga mendapat meraih perhatian ramai yang tertanya-tanya tentang penyakitnya.
Jelas Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta, anak perempuan tunggalnya itu selamat menjalani pembedahan dipanggil 'Supernumerary Mesiodens Tooth' di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.

Tambahnya lagi, keadaan Aaisyah kini stabil dan sedang mendapatkan rehat yang secukupnya selepas menjalani pembedahan berkenaan.

"Ikutkan sejak beberapa bulan lalu, dia (Aaisyah) sering mengadu tak selesa di bahagian giginya. Jadi selepas dipermudahkan, pembedahan berjaya dilakukan hari ini.

Klik untuk gambar besar
"Menurut doktor, kes seumpama ini agak jarang terjadi iaitu kewujudan gigi lebih di bahagian tengah. Kata doktor lagi, secara umumnya di dalam dunia ini ada sekitar 0.5 hingga 3 peratus kes seumpama itu," ujar Che Ta yang turut berkata, pembedahan tersebut perlu dilakukan bagi membolehkan pertumbuhan gigi kekal

"Masa melakukan CT Scan baru-baru ini, baru nampak masalah yang timbul. Apabila dilakukan X Ray memang wujud masalah itu. Terima kasih yang mendoakan kesihatan dan keadaannya," ujar isteri kepada pelakon Zain Saidin, selain meluahkan rasa syukur apabila Aaisyah kuat semangat untuk menjalani pembedahan meskipun pada usia yang masih kecil.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: