21 May 2023

"SAYA TAK MAHU GAGAL LAGI" - ESMA DANIEL SELAMAT BERNIKAH KALI KETIGA SELEPAS LIMA TAHUN MENDUDA



"Syukur kehadrat Allah swt, aku mengakhiri zaman dudaku dengan menikahi Nuratira Mazlan @rara_rowdy sebagai isteriku.. Segala puji hanya untuk-Mu ya Allah atas segala nikmat pemberian yang Engkau kurniakan kepada kami.
"Ya Allah, pada hari yang berkat ini, kami berhimpun di majlis ini sebagai tanda kesyukuran kami atas nikmat-Mu bersempena dengan majlis perkahwinan yang diadakan oleh keluarga kedua-dua mempelai berjalan lancar dan sempurna bagi pernikahan kami.... Amin ya rabbalamin."

Itulah tul s pelakon Esma Daniel, 54, apabila dia kini selamat melangsungkan pernikahan kali ketiga dengan wanita pilihannya iaitu Nur Atira Mazlan, 31, di kediaman pengantin perempuan di Kajang, Selangor, pada Sabtu, selepas lima tahun menduda.

Klik untuk gambar besar
Jelas Esma, meskipun sudah mempunyai pengalaman berkahwin sebanyak dua kali sebelum ini, namun tetap gementar apabila dinikahkan sendiri oleh bapa mentuanya, Mazlan Abd Malik.

"Syukur semuanya berjalan lancar. Kami bertunang pada 22 Januari lalu dan pada awalnya rancang 'ikat' selama setahun sebelum nikah. Tetapi rasanya elok disegerakan apabila keluarga pun merestui hubungan kami. Esma sudah lima tahun menduda.
"Saya sah bergelar suami dengan sekali lafaz. Walaupun dah ada pengalaman sebelum ini, rasa gementar tetap ada," ujar Esma yang turut berkata, hatinya mula terbuka untuk kembali berumah tangga selepas merasakan Atira adalah pasangan yang sesuai buatnya.

"Saya dah pernah dua kali gagal dalam rumah tangga. Jadi kali ini mestilah nak pastikan hubungan dengan isteri kekal hingga akhir hayat. Lima tahun saya menduda... keputusan untuk kembali berkahwin bukan satu yang mudah. Saya tak mahu gagal lagi," tutur Esma yang berdoa agar perkahwinan kali ini yang terakhir dan berkekalan sehingga ke akhir hayat mereka.
Kongsi Esma lagi, sebelum ini dia juga pernah membawa Atira ke lokasi penggambaran agar isterinya itu memahami tugasnya sebagai orang seni. Ini kerana katanya, pada awalnya penerimaan isteri terhadap kariernya berbeza namun mula memahami apabila sering diajak ke lokasi penggambaran.

"Maklumlah dia bukan seorang pelakon. Jadi saya selalu bawa dia ke set penggambaran supaya dia faham situasi, suasana dan kerja saya," jelas bapa kepada lapan cahaya mata itu.

Untuk makluman, Esma pernah berkahwin dengan pelakom Sherie Merlis pada 1992 dan dikurniakan dua cahaya mata sebelum bercerai pada 1997. Pelakon itu kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan Nitra Sari Omar pada 2002 namun bercerai pada 2016. Hasil perkahwinan itu, Esma dan Nitra dikurniakan ena orang cahaya mata.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: