22 May 2023

TERSINGKIR MINGGU KETIGA BIG STAGE 5 - NAUFAL AZRIN GAGAL MANFAATKAN UNDI IMUNITI



Nampaknya penyanyi Naufal Azrin tidak memanfaatkan undi imuniti yang diberikan juri pada minggu kedua Big Stage musim ke-5 (BS5) apabila gagal memikat hati juri sehingga tersenarai pada kedudukan tiga terbawah pada akhir persembahan dan menjadi peserta kedua tersingkir pada konsert ketiga yang berlangsung pada malam Ahad.
Penyingkitan Naufal diumumkan selepas gagal mendapat undian tinggi daripada penonton berbanding dua lagi peserta tercorot iaitu Meer Nash dan Coex.

Pada konsert ketiga program tersebut, persembahan Naufal atau atau nama penuhnya Ahmad Naufal Azrin, 24, yang menyampaikan lagu 'Only' nyanyian asal Lee Hi itu kurang mendapat perhatian juri.

Klik untuk gambar besar
Juri jemputan, penyanyi Ernie Zakri berkata, persembahan Naufal tidak menunjukkan jalan cerita yang baik ketika persembahan memandangkan lagu didendangkan bukan dalam bahasa Melayu.

"Harap ada 'groove' lagi dalam nyanyian. Perlu ada stail dalam membuat persembahan. Kena tunjukkan gerak tubuh seperti bercerita kerana lagu ini bukan dalam bahasa Melayu," ujarnya.

Barisan juri yang juga terdiri daripada Aina Abdul dan Ajai selaku juri tetap itu menyaksikan Waode berjaya menduduki tempat pertama menerusi nyanyai lagu Sang Dewi. Manakala Putera Muhammad berjaya pulang Anugerah Doj.minasi Persembahan Terbaik yang membawa pulang hadiah bernilai RM3,000.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: