12 May 2023

SELAMAT BERSALIN ANAK KEENAM - REBECCA NUR ISLAM TIMANG BAYI LELAKI



"Alhamdulillah, di pagi Jumaat yang penuh keberkatan pada hari ini, pada tarikh 12 Mei 2023, pada jam 8.30 pagi tadi, saya melahirkan anak lelaki saya menerusi pembedahan.
"Syukur kepada Allah SWT, semuanya berjalan dengan baik. Bayi lelaki saya dilahirkan dalam usia kandungan 38 minggu lebih dengan berat 2.71 kilogram dan tingginya 34 sentimeter," kongsi pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam Ahmad yang memaklumkan, dia selamat melahirkan anak keenamnya, seorang bayi lelaki dengan berat 2.71 kilogram menerusi pembedahan, pada jam 8.30 pagi tadi di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.

Berkongsi berita gembira tersebut menerusi hantaran di laman Instagram, Rebecca yang mesra disapa dengan panggilan Mummy Becca itu turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraannya termasuklah ibu dan adik-beradiknya.

Klik untuk gambar besar
"Mummy Becca ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua yang banyak menitipkan doa buat mummy dan bayi. Terima kasih, Allah saja yang dapat membalasnya.

"Terima kasih kepada suami tercinta dari awal kehamilan sampai ke hari ini, sentiasa setia bersama menemani Mummy Becca. Terima kasih papa.
"Terima kasih juga buat ibu saya. Doa ibu tiada hijab, tembus ke langit. Terima kasih datang, mama dan sentiasa mendoakan anak-anakmu. Terima kasih kepada adik beradik yang mendoakan dan mengirimkan WhatsApp," katanya yang juga menyertakan beberapa gambarnya ketika di bilik bersalin dan juga gambar bayinya.

Untuk makluman, Rebecca mendirikan rumah tangga dengan Datuk Nur Azam Sulaiman pada 14 Januari 2011. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan lima cahaya mata, Nor Anggun Raverra, 11, Nor Anggerik Renesmee, 10, Nor Aliff Al-Raffael, 7, Nor Ahmed Al-Reaggan, 4, dan Nor Aurora Riana, 4.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: