14 June 2023

AKHIRNYA PUTERI SARAH SAH BERCERAI TALAK SATU



Pada jam 12.25 tengah hari di Mahkamah Rendah Syariah di sini, hari ini, pelakon Puteri Sarah Liyana, 38, akhirnya disahkan bercerai talak satu dengan suaminya, pengarah filem Syamsul Yusof, 39, setelah sekian lama naik turun mahkamah.
Difahamkan, Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof melafazkan cerai talak satu kepada isteri pertamanya itu di hadapan Hakim Syarie Akmalluddin Ilyas, selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Puteri Sarah mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Akmallluddin kemudian mensabitkan berlaku perceraian dan memerintahkan Puteri Sarah atau nama penuhnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin menjalani tempoh edah selama tiga bulan dan mendaftarkan perceraian mereka.

Untuk makluman, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 4.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: