14 June 2023

"SAYA SUDAH 73 TAHUN, TAKKAN LAH TIDAK SEDAR DIRI" - AR BADUL NAFI DAKWAAN NIKAH PELAKON ANNIE ARIFIN



"Dari mana khabar angin itu datang? Sebelum ini, ada juga dakwaan yang mengatakan Annie adalah anak saya Mungkin, Annie juga boleh cari lelaki yang lebih baik daripada saya. Dunia sekarang memang macam ini (wujud fitnah).
"Bila ada peluang untuk menjelaskan kepada pihak media, saya akan menjawab khabar angin seperti itu. Kalau tiada peluang, cerita seperti itu akan berlarutan seperti itu," ujar pelakon, pengarah dan pelawak veteran, AR Badul yang tampil menafikan khabar angin dirinya sudah bernikah dengan pelakon utama filem arahannya 'Vik2toria Secret' iaitu Annie Arifin, 35, seperti yang heboh diperkatakan di media sosial ketika ini.

Ditanya pula mengenai dirinya yang sering dikaitkan dengan wanita muda, Badul atau nama sebenarnya, Armaya Aman Ramlie, 73, yang pernah enam kali berkahwin itu berkata, pada usia emasnya sekarang dia sedar dengan keadaan dirinya sendiri.

"Zaman muda dulu, saya kacak dan orang memang sering kaitkan dengan ramai wanita. Kalau sekarang pun masih ada, saya anggap, alah bisa tegal biasa. Kini, saya sudah 73 tahun takkan lah tidak sedar diri lagi. Bukan kata saya baik," katanya yang turut memberitahu, ada pula dakwaan yang mengatakan dirinya menggunakan ilmu untuk memikat wanita di luar sana.

"Ada pula yang kata saya gunakan ilmu? Rahsianya ialah kita baik hati dengan orang. Nak cuba berkawan dengan mana-mana wanita boleh, kalau dia tidak layan, janganlah susahkan diri," tutur Badul yang tidak kesal bila namanya sering dikaitkan dengan khabar angin atau gosip yang tidak berasas.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: