14 June 2023

"ROH SAYA MEMANG SUDAH LAMA MATI..." - NORA ARIFFIN



Penyanyi Datuk Nora Ariffin baru-baru ini menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya telah memuat naik gambar dirinya berserta kenyataan, dimana dia mengakui rohnya sudah lama mati dan hanya mempunyai jasad serta amanah arwah suami iaitu Johan Nawawi.
"Roh saya memang sudah lama mati, yang ada hanya jasad dan amanah arwah Johan untuk menjaga anak-anaknya," tulis ibu kepada empat cahaya mata itu.

Perkongsian Nora tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang meminta supaya penyanyi itu bersyukur, apatah lagi sudah pun kembali mendirikan rumah tangga.

Bukan itu sahaja, ada juga yang mengatakan tidak adil buat suaminya yang sekarang dan sebagai isteri, dia perlu menjaga hati serta perasaan suami.

Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, ada segelintir pengikut Nora menitipkan kata-kata semangat buat penyanyi itu agar terus kuat menghadapi dugaan dan dipermudahkan segalanya.

Bagaimanapun, posting berkenaan dilihat sudah dipadam oleh Nora, selain memuat naik posting terbaru di Insta Story, dimana dia memohon maaf.

"Sebagai manusia yang banyak kelemahan adakalanya saya tewas juga. Mohon maaf pada semua," tulisnya.

Untuk makluman, Nora sebelum ini mengesahkan dirinya bergelar isteri kepada Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh & Usul, Universiti Malaya, Dr Rushdi Ramli pada Disember 2021.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: