28 June 2023

DOA DI ARAFAH DIMAKBULKAN - NELYDIA SENROSE SEBAK, SYUKUR IBU DAPAT TUNAI HAJI



"Alhamdulillah telah Kau kabulkan salah satu impianku dan doa-doa kami ketika di Arafah tahun lalu di mana kami berhajat untuk ibu menjadi tetamu Allah pula bagai menunaikan haji."


Itulah kata pelakon Nelydia Senrose yang meluahkan rasa syukur doanya ketika berada di Makkah tahun lalu itu benar-benar termakbul apabila ibu tercinta iaitu Rosmizai Mohd Noor pula diberi kesempatan menjejakkan kaki di Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji pada tahun ini.

Nelydia atau nama sebenarnya, Nik Zaris Nelydia Nik Sen, 29, berkongsi perkara tersebut menerusi satu hantaran di Insta Story yang dimuat naik pada Selasa.

Melihat pada video tersebut, Nelydia bersama beberapa anggota keluarga lain dilihat menghantar ibunya itu berangkat ke Tanah Suci bagi menyempurnakan ibadah haji.

Klik untuk gambar besar



Malah Nelydia juga dilihat tidak dapat menahan air mata menadah tangan tatkala doa dibaca bagi keberkatan mengiringi perjalanan ibunya.

"Syukur segala doa dan usaha kami Kau izinkan Ya Allah. Setelah Kau berikan kami jalan Ya Allah, terimalah haji ibuku," ujarnya

Pada Julai tahun lalu, Nelydia berangkat menunaikan ibadah haji bersama suaminya, Mohd Hafez Halimi Abduk Hamid.

Nelydia yang pertama kali melakukan ibadah tersebut itu menyifatkan ia sebagai satu rahmat terbesar yang tidak mungkin dilupakan sepanjang hidupnya.


         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: