Selebriti terkenal, Noor Neelofa yang bakal melahirkan anak keduanya tidak lama itu memilih untuk berpantang secara tradisional menggunakan khidmat bidan kampung.
Kata Neelofa, selepas berpantang secara moden untuk kelahiran anak sulung sebelum ini, kini mahu mencuba kaedah baru itu pula.
"Keputusan menggunakan khidmat bidan kampung ini dibuat bersama dengan suami. Disebabkan itu, kami memilih bidan kampung yang berasal dari kampung suami di Kuala Terengganu.
"Tidak salah mencuba sesuatu yang baharu memandangkan saya pernah berpantang cara moden ketika melahirkan anak pertama.
Klik untuk gambar besar
"Kalau orang kata penjagaan secara tradisional agak ketat, itu hanya dari mulut orang sahaja. Setiap orang ada pendapat masing-masing," jelasnya.
Dalam pada itu, Neelofa dalam masa sama turut mengakui gementar untuk kelahiran anak kedua serta memohon orang ramai mendoakan proses bersalin dipermudahkan.
"Pagi tadi saya ada memaklumkan kepada suami mengenai debaran semakin hampir tarikh bersalin. Secara kebetulan, saya baru berjumpa doktor untuk pemeriksaan bulanan.
"Alhamdulillah, semuanya dalam keadaan baik dan bayi juga sihat. Mohon semua doakan agar proses melahirkan ini dipermudahkan," tuturnya.
Ditanya pula mengenai jantian anak, Neelofa bagaimanapun tetap dengan pendiriannya untuk merahsiakan sehingga genap tujuh hari melahirkan cahaya mata.
"Berita mengenai butiran anak kedua akan dikongsikan selepas genap tujuh hari bayi kami dilahirkan," ujarnya.
________________________
JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!
-
:: FACEBOOK 2 :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER ::
:: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS ::

No comments:
Post a Comment