28 June 2023

GEMBIRA DENGAN PEKAHWINAN SHUIB - BAPA ARWAH SITI SARAH TAK KISAH JIKA ISTERI & MENTUA BARU LEBIH DIUTAMAKAN



"Saya tidak kisah sekiranya Shuib melebihkan isterinya dan keluarga mentua baharu. Dia tidak sepatutnya memikirkan saya lagi, sebaliknya Shuib harus mengutamakan dan menjaga perasaan isterinya seperti mana dia melayan arwah isterinya dan keluarga saya suatu ketika dahulu.


"Walaupun arwah Siti Sarah sudah tiada, Shuib menganggap saya seperti bapanya sendiri dan mendahulukan saya dalam segala hal sehinggalah pada majlis pernikahannya, dia minta saya duduk di depan menemaninya sebagai saksi."

Demikian ujar bapa kepada Allahyarham Siti Sarah iaitu Raissuddin Hamzah yang gembira dengan perkahwinan bekas menantunya, pelawak dan penyampai radio, Shuib bersama pilihan hati, Watie Hanifiah.

Klik untuk gambar besar



Sementara itu, Raissuddin juga yakin Watie mampu menjaga dan menjadi ibu yang baik buat empat cucunya, selepas melihat isteri Shuib itu akrab dengan cucu-cucunya.

"Saya lihat Watie rapat dengan cucu-cucu, insya-Allah saya percaya dia boleh menjadi ibu yang baik. Saya ada bercakap dengan Watie dan menitipkan pesan agar dia menjaga empat anak tirinya seperti anak sendiri.

"Apa yang bakal berlaku di hadapan biarlah Allah yang tentukan. Setakat ini, saya yakin Watie mampu menggalas tanggungjawab sebagai ibu dan isteri dengan baik," katanya.


         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: