28 June 2023

AMYLEA KESAL DITUDUH SIMPAN ARAK DALAM RUMAH - TUNTUT INDIVIDU ITU TAMPIL BUAT PERMOHONAN MAAF



"Orang ini menuduh saya ada arak di dalam peti ais rumah saya. Masya-Allah, dia respond kepada satu artikel yang menulis tentang saya yang tidak pernah minum arak.


"Kepada siapa yang kenal dengan orang ini, saya beri masa untuk dia tampil buat permohonan maaf kepada saya sebab saya tidak akan maafkan dosa fitnah dan cuba menyebarkannya," jelas penyanyi dan penulis lirik Amylea Azizan.

Bekas peserta Akademi Fantasia musim ketiga (Af3) itu meluahkan rasa kesal dengan tindakan seorang netizen membuat tuduhan tidak benar kononnya dia menyimpan minuman keras di rumah.

Amylea, 36, berkongsi mengenai perkara itu menerusi Instastory miliknya pada petang Selasa, dengan menyertakan paparan skrin komen ditulis oleh netizen berkenaan.

Klik untuk gambar besar



Menerusi komen yang dipaparkan itu, individu berkenaan menuduh penyanyi lagu 'Melepaskanmu' ini menyimpan minum beralkohol di dalam peti ais rumahnya. Bukan tuduhan itu sahaja, malah seorang lagi netizen turut menulis komen mendakwa Amylea dibesarkan di sebuah kelab malam.

"Saya juga minta individu ini untuk meminta maaf kepada ibu saya, dan saya bersimpati pada dia kerana tidak berpeluang untuk meminta maaf kepada arwah ibu saya.

"Sebelum bercakap awak kena faham apa yang mereka telah lakukan untuk membesarkan saya dan apa yang ayah dan ibu saya ikhtiarkan selepas itu untuk menjauhkan mereka dari terus bekerja di situ dan berjaya," kongsinya.

Tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan saman terhadap individu berkenaan, Amylea berkata, individu berkenaan sepatutnya mengambil pengajaran daripada kisah hidupnya dan bukan sekadar mencari keburukan semata-mata.

"Kenapa tidak melihat kebaikan dan pengajaran tentang cerita saya, tapi hanya mencari keburukan. Adakah semua datang dari dunia yang tidak cerah akan berakhirnya gelap? Dan yakinkan kamu di besarkan tidak diuji begini akan diterima ibadahnya.

"Siapa kamu untuk berkata begitu lagi sekiranya Allah menerima taubat? Saya masih berfikir untuk saman fitnah ini tapi saya beri masa untuk diri saya dan orang ini untuk muhasabah. Semoga Allah beri jawapan yang terbaik. Dia patut tahu dia boleh lukakan hati saya tapi bukan ibu saya," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: