28 June 2023

DOA TERMAKBUL - RANDY PANGALILA KINI DIKURNIAKAN SEPASANG ANAK : "CUKUP MILIKI DUA ORANG ANAK"



"Anak pertama perempuan dan sekarang lelaki. Jadi sudah tidak mahu tambah anak lagi... sudah cukup. Memang dari awal kami sudah merasakan cukup memiliki dua orang anak. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Ternyata doaku menjadi nyata apabila memiliki kedua-duanya sekarang.
"Proses bersalin kali ini berjalan lancar sebab kami sudah ada pengalaman menyambut kelahiran anak pertama sebelum ini. Nama juga sudah difikirkan sejak awal kerana kami tahu akan menyambut anak lelaki.

Itulah kata pelakon dan penyanyi Indonesia, Randy Pangalila, 33, seperti yang dipetik dari Kompas, dimana dia baru sahaja menyambut kelahiran cahaya mata kedua iaitu bayi lelaki, selepas isteri Chelsey Frank selamat bersalin pada 21 Jun lalu.

Jelas Randy, isterinya terpaksa menjalani prosedur pembedahan atas nasihat doktor disebabkan kedudukan bayi dalam kandungan ketika itu tidak sesuai untuk melalui proses kelahiran normal.

Klik untuk gambar besar
Randy yang sepakat dengan isteri untuk memberi nama Asher Griffin Pangalila untuk anak lelaki itu memberitahu, dia tidak merancang untuk menambah anak lagi.

Dalam pada itu, Randy memberitahu, sejak awal berkahwin dengan isterinya, mereka sudah sepakat tidak mahu memiliki ramai anak dan cuma menginginkan sepasang cahaya mata.

Untuk makluman, Randy dan Chelsey mendirikan rumah tangga pada Januari 2019 dan anak pertama mereka bernama Blair Willow Pangalila yang dilahirkan pada Mac 2021.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: