29 July 2023

AKAUN FB KENA GODAM, MUAT NAIK GAMBAR & VIDEO TIDAK SENONOH - ELLA BUAT LAPORAN POLIS



"Saya ingin memaklumkan akaun Facebook rasmi saya digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab pada 27 Julai sekitar jam 6 petang.
"Pihak pengurusan dalam usaha melapor perkara ini kepada Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan akan menyerahkan makluman kepada Suruhanjaya Komunikasi Malaysia (SKMM) untuk tindakan selanjutnya.

"Lebih menyedihkan apabila ruang media sosial itu turut dijadikan tempat untuk menyebarkan gambar dan video tidak senonoh oleh pihak tidak bertanggungjawab."

Demikian ujar ratu rock Malaysia, Ella yang memaklumkan sudah mengambil tindakan undang-undang iaitu dengan membuat laporan polis berhubung akaun Facebook (FB) rasmi miliknya yang digodam dan platform itu digunakan untuk memuat naik gambar serta video tidak senonoh.

Sementara itu, pengurus Ella atau nama sebenarnya, Nor Zila Haji Aminuddin, ketika dihubungi berkata, laporan polis sudah dibuat di Ibu Pejabat Polis Sungai Buloh, Selangor dan SKMM untuk tindakan selanjutnya.

"Pihak kami sudah membuat laporan polis semalam sebaik saja perkara ini berlaku dan selanjutnya diserahkan kepada pihak berwajib untuk menjalankan tugas.

"Saya berharap akaun terbabit boleh dapat semula, jika tidak padamkan terus sekiranya menjadi ruang menyebarkan yang tidak baik.

"Semestinya perkara ini memberikan impak kepada Ella kerana medium media sosial memainkan peranan penting untuk seseorang artis. Jadi saya harap dapat diselesaikan dengan cepat," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: