29 July 2023

ISTERI MAKLUM JANTUNG MAJED SALLEH MASIH LEMAH, PERLU PEMANTAUAN DOKTOR



"Suami terpaksa dikejarkan ke wad kecemasan di Hospital Selayang pada 17 Julai lalu kerana keadaan jantungnya lemah dan badannya juga bengkak. Kali ini agak teruk kerana ia sudah merebak ke bahagian hati dan buah pinggang. Saya nampak seperti bateri jantung yang dipasang itu kurang berkesan untuknya."
Itulah jelas isteri pengarah dan pelakon Majed Salleh iaitu Nur Shida Mohd Zikir, 43, mengenai keadaan jantung suaminya yang masih lemah serta dalam pemantauan doktor, meskipun sudah dipindahkan ke wad biasa di Hospital Selayang, Selasa lalu.

"Suami masih memakai oksigen dan dia mendapat serangan jantung beberapa kali pagi tadi dan doktor memberikannya 'morfin'. Suami juga tidak boleh bercakap banyak tetapi masih boleh menerima ahli keluarga dan rakan-rakan yang mahu melawat," katanya.

Nur Shida turut mengulas mengenai pembedahan perentak jantung yang dijalankan suaminya sebelum ini, dimana ia berlangsung di Hospital Serdang, sebulan yang lalu.

"Pembedahan perentak jantung (alat elektronik atau bateri yang dipasang untuk mengawal degupan jantung) itu membabitkan kos RM72,000 dan ia ditanggung pertubuhan bukan kerajaan," ujarnya.

Dalam pada itu, Nur Shida juga menjelaskan, dia menguar-uarkan perkembangan kesihatan suaminya itu untuk pengetahuan rakan-rakan dalam industri seni tanah air.

"Saya harap rakan-rakan dapat buat suami gembira serta mendoakan kesembuhannya. Buat masa ini, suami berehat seketika dari bidang pengarahan dan lakonan sehingga kesihatannya pulih. Filem terbaru arahan suami adalah Syaitan Munafik yang dalam rangka promosi," tuturnya.

Terdahulu, keadaan pengarah dan pelakon drama rantaian popular, 'Gerak Khas' dan 'Metro Squad' ini dilaporkan kritikal apabila fungsi jantungnya tinggal 25 peratus sahaja.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: