Tahniah diucapkan kepada pelakon Hollywood kelahiran Malaysia iaitu Tan Sri Michelle Yeoh yang kini sudah bergelar isteri kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutif Ferrari, Jean Todt, semalam, selepas 19 tahun menjalin pertunangan.
Pasangan itu berkahwin dalam sebuah majlis yang dihadiri keluarga dan teman rapat mereka di Geneva, Switzerland.
Berita gembira tersebut dikongsi seorang jemputan iaitu pelumba Formula 1, Felipe Massa yang turut menyampaikan ucapan tahniah buat pengantin.
"Selamat mendirikan rumah tangga Jean Todt dan Michelle Yeoh, sayang kamu," kata pelumba kelahiran Brazil itu menerusi Instagram.
Klik untuk gambar besar
Dalam masa sama, Massa juga berkongsi paparan kad jemputan hari bersejarah antara, Yeoh, 60, dan Todt, 77.
"Kami bertemu di Shanghai pada 4 Jun 2004. Tarikh 26 Julai 2004, JT melamar MY dan bersetuju. Hari ini (semalam) selepas 6992 hari, dikelilingi keluarga dan rakan, kami sangat gembira meraikan hari istimewa ini," tulis dalam kad jemputan tersebut.
Difahamkan, Michelle berkenalan dengan Todt pada Jun 2004 di Shanghai Grand Prix, China, dimana Ratu Cantik Malaysia 1983 ini sedang melakukan publisiti untuk jenama kereta Ferrari, manakala Todt pula adalah Pengurus Besar ketika itu. Pasangan tersebut kemudiannya bertunang pada 26 Julai 2004, sebelum mengumumkan pertunangan sebulan selepas itu.
Bintang Asia pertama yang meraih anugerah Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Akademi (Oscar) Ke-95, pada Mac lalu pernah berkongsi, Todt membantu menghalau petugas membersihkan pentas pada acara itu kerana melayan Yeoh dengan buruk.
"Dia hampir sama tinggi dengan saya, tetapi Todt berjaya menghalang seorang yang lebih besar daripadanya. Tanggapan pertama saya kepada Todt pada ketika adalah positif," jelasnya.
Todt memegang jawatan Pengurus Besar, Scuderia Ferrari antara 1993 hingga 2007 dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) antara 2004 hingga 2007.
Anak Todt dari perkahwinan terdahulu yang dikenali sebagai Nicholas turut hadir ke majlis perkahwinan bapanya.
________________________
JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!
-
:: FACEBOOK 2 :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER ::
:: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS ::

No comments:
Post a Comment