28 July 2023

PUTERI SARAH : "IBU BAPA MENTUA TEMANI SAYA SUPAYA TIDAK TIMBUL FITNAH"



"Ibu bapa mentua menghubungi saya dan kata mereka nak datang bersama ke majlis itu (ABPBH35) sebab nak sokong saya. Alhamdulillah, saya pun tidak keseorangan dan dapatlah juga kami berjalan sama melalui karpet merah dan ia sangat seronok. Satu pengalaman yang amat bermakna. Malah, kehadiran mereka ke majlis itu datang bersama dengan saya untuk menemani saya supaya tidak timbul fitnah."
Itulah jelas pelakon Puteri Sarah Liyana, 38, dimana dia berasakan satu pengalaman indah dalam hidupnya apabila datang bersama dan jalan beriringan di karpet merah Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-35 (ABPBH 35) dengan ibu bapa mentuanya iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah, baru-baru ini.

Puteri Sarah yang sah bercerai dengan bekas suami, pengarah Syamsul Yusof pada 14 Jun lalu itu berasa sangat terharu apabila ibu bapa mentuanya masih memberikan perhatian penuh, sekali gus terus setia menyokong dirinya dalam karier.

Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, ibu kepada sepasang cahaya mata ini juga berhadapan dengan pelbagai dakwaan netizen yang menganggap dia tidak menghormati tempoh edah cerai.

Bagaimanapun jelasnya, dia memahami edah perceraian dimana kalau cerai hidup, seseorang wanita itu masih boleh keluar dan bekerja dengan izin dan pengetahuan bekas suami dalam tempoh tiga kali suci itu. Manakala, cerai mati pula harus berkabung selama empat bulan 10 hari di 5.
Ditanya juga sama ada masih menerima gangguan di media sosial, Puteri Sarah memberitahu yang ia tidak berakhir lagi, malah dia pun tidak tahu dari mana muncul individu-individu yang menggunakan akaun palsu itu.

"Mengenai terima pelbagai mesej gangguan yang dikirim di Instagram saya, masih ada dapat lagi. Saya pun tak tak tau ia daripada siapa, tapi biarkanlah. Saya pun sekarang dah tak peduli dengan semua itu.

"Saya dah 'move on' dan gembira dengan kehidupan saya ketika ini, dah syukur Alhamdulillah," ujarnya yang kini sibuk menguruskan perniagaan bersama rakan kongsi yang memerlukan dia terbang ke Jakarta, Indonesia, selain bersyukur rezeki semakin murah, tenang dan Allah memberi kebahagiaan padanya.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: