06 July 2023

"DIA SANGAT BERLAGAK... JUMPA SAYA DI MAHKAMAH" - SHUIB TETAP SAMAN JOHN DIHANI



"Saya hanya ingin bersemuka dan menyelesaikan isu ini di mahkamah, malah sebarang perbincangan boleh dibuat melalui peguam saya saja kerana surat pun sudah dihantar kepadanya.
"Dia (John Dihani) ada mesej langsung semalam untuk membuat permohonan maaf secara terbuka, tetapi saya buat keputusan tidak mahu berjumpa dengannya kerana dia sangat berlagak.

"Saya tidak kenalinya dan tidak pernah mengusik keluarganya. Jika dia merasakan dirinya hebat sangat, bolehlah jumpa saya di mahkamah," ujar pelawak dan penyampai radio, Shuib.

Sebelum ini, individu bernama John Dihani menerusi laman Instagram telah memuat naik kenyataan memohon maaf secara terbuka kepada Shuib serta menyesal diatas tindakannya itu, selain turut menyatakan kesediaan berjumpa dengan pelawak itu untuk membuat permohonan maaf secara terbuka.

Bagaimanapun, Shuib menjelaskan, dia bertegas mahu membawa John ke muka pengadilan, meskipun individu itu sudah pun membuat permohonan maaf.

Terdahulu, Shuib bersemuka dengan individu bernama Zulhairi, sekaligus memaafkannya selepas bertindak menyebarkan fitnah terhadap dirinya dan arwah isterinya, Siti Sarah.

Namun, Shuib telah memaafkan individu tersebut namun menegaskan dia bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap pengguna Instagram dikenali John Dihani.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: