"Saya bukan tolong dia puluhan ribu tetapi dengan jumlah ratusan ribu ringgit, enam angka. Dalam ramai-ramai orang yang saya tolong ada seorang ini yang paling saya sedih dan terkilan. Saya sudah tolong dia untuk menutup lubang-lubang yang dia telah buat (hutang dengan pihak lain). Lubang dia gali yang tak mampu nak tutup, saya telah bantu dia.
"Orang itu bukan daripada kalangan kawan baik saya pun. Bukan hendak membuka aib sesiapa apatah lagi dia juga berkecimpung dan mencari rezeki dalam bidang yang sama. Sebelum bagi pinjam, saya berbincang dengan suami terlebih dahulu kerana jumlah tersebut sangatlah banyak."
Itulah kata pengacara dan pelakon, Datin Fouziah Gous, 40, yang tersinggung dengan sikap rakan selebriti yang pernah dibantu dari segi kewangan namun mengelak daripada membayar hutang yang difahamkan mencecah ratusan ribu ringgit.
Klik untuk.gambar besar
Jelas ibu kepada dua cahaya mata itu, rakan selebriti terbabit bukan berada dalam kalangan teman baiknya. Dalam pada itu, Fouziah turut berkongsi lanjut mengenai tindakan seterusnya berhubung isu berkenaan, dimana pelakon itubbbbbb menyerahkannya pada peguam untuk menghubungi individu itu namun tidak berjaya.
"Kepada pihak berkenaan, saya terkilan dengan sikap anda. Kalau saya nak dedahkan siapa dia memang mudah, tapi bukan itu yang saya akan lakukan. Saya tolong dengan seikhlas hati. Saya dan pihak peguam pun ada buat surat (perjanjian), dalam surat tu tiada minta pun untuk bayar bunga.
"Cuma saya minta dia nanti kalau ada masa buatlah beberapa 'content' di media sosial. Namun dia tidak memberikan kerjasama dan tiada maklum balas langsung. Masa tengah susah setiap hari telefon saya, kadang tengah malam dia telefon. Dia seorang lelaki dan tak manis la malam-malam telefon saya.
"Saya follow media sosial dia, kadang-kadang nampak dia selalu buat 'live' dekat TikTok. Tapi suruh buat kerja saya yang bagi itu tak buat pun. Peguam saya telefon pun dia buat diam sahaja.
"Mengikut peguam saya, sebanyak mana yang saya bagi boleh buat dia jatuh muflis. Rezeki dan silaturahim itu sangat penting," katanya lagi yang berharap individu berkenaan dapat menjelaskan hutangnya seperti mana mengikut perjanjian yang dipersetujui.
________________________
JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!
-
:: FACEBOOK 2 :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER ::
:: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS ::
No comments:
Post a Comment