31 July 2023

"SUSAH SANGAT KE?" - A AIDA PERSOAL TINDAKAN AMELIA HENSERSON YANG ENGGAN MINTA MAAF



Pelakon Amelia Henderson sehingga kini masih berkeras untuk tidak membuat permohonan maaf kepada penerbit Datuk A Aida secara terbuka berikutan kes melanggar kontrak sebuah drama.
Sebelum ini, pada 7 April lalu, mahkamah menetapkan Amelia untuk membayar ganti rugi sebanyak RM200,000 terhadap syarikat A. Aida Productions Sdn Bhd.

Bagaimanapun, Amelia memfailkan rayuan dan perkara itu sedang berada dalam proses 'review' untuk menetapkan tarikh rayuan.

A Aida menerusi temu bual bersama Melodi itu berkata, pihak Amelia seakan tidak menghormati keputusan mahkamah, malah dia turut hairan Amelia seolah sukar untuk memohon maaf.

"Sebenarnya kalau nak kira, saya frust dan kecewa juga sebab sampai sekarang saya masih menunggu bila pihak belah sana hendak buat permohonan maaf dan take down video memfitnah saya dan syarikat.

"Bagi saya, pihak di sana tu seperti tidak menghormati keputusan mahkamah yang telah memihak kepada saya. Sampai sekarang saya masih menunggu dan sabar... jadi saya pun dah berbincang dengan peguam saya, tunggu sajalah.

"Tapi yang peliknya kenapa susah sangat ke nak buat permohonan maaf? Saya 'sometimes' tak boleh brain. Saya difahamkan oleh peguam saya dia tiba-tiba nak buat rayuan. Takkanlah permohonan maaf pun nak buat rayuan. Ya Allah, Ya Tuhanku, tak tahulah. Fikir Sendirilah," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: