01 August 2023

"TIADA MASA UNTUK BERCINTA... SERIOUSLY, ADA KE ORANG BERANI BERCINTA DENGAN SAYA?" - ELLIE SURIATY



"Tak payahlah cerita pasal saya. Seriously, ada ke orang berani bercinta dengan saya? Orang tak berani dekati saya sebab banyak persepsi.
"Dan saya pun tak keluar pergi mana-mana yang ramai manusia. Saya pula sibuk dengan penggambaran, hadiri meeting dan perbincangan dengan team, krew.

"Tiada masa untuk bercinta," itulah kata pelakon Ellie Suriaty yang tertawa bila ditanya adakah dia sudah bertemu pengganti selepas bercerai dengan pelakon Azri Iskandar.

Jelas Ellie dalam temu bual bersama Hlive, dia belum bertemu pengganti, sebagaimana bekas suaminya yang sudah bertemu pengganti.

Sebelum ini, Ellie berkata berkata dia masih menunggu kedatangan kekasih bekas suaminya iaitu Dr Azra untuk bertemu dengan anak-anak.

Dalam pada itu, Ellie berkata, jika ada wanita yang mahu berada dalam hidup bekas suaminya perlulah bersikap jujur, selain turut mempersoalkan mengapa sehingga kini wanita itu tidak muncul lagi.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: